Kuil Buddha Korea

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Biksu di Kuil Haein Kuil Buddha Korea merupakan sebahagian daripada seni bina dan aspek seni Buddha yang berkembang di Korea.[1] Buddhisme merupakan agama yang terbesar dianut oleh bangsa Korea selama ribuan tahun. Kuil Buddha Korea yang berkaitan rapat dengan lingkungan alam di sekitarnya yang menciptakan suatu bentuk estetika visual seni khas Korea. Kuil Buddha Korea biasanya diberi nama dengan perkataan akhirnya diletakkan sa (寺) yang bererti “kuil Buddha”.[2]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Kuil Bulguk, salah satu kuil zaman Silla yang dibaikpulih pada zaman Joseon.
Kuil Bulguk, salah satu kuil zaman Silla yang dibaikpulih pada zaman Joseon.

Amalan Buddhisme di Korea telah dipraktikkan sejak abad ke-4 Masihi pada zaman Tiga Kerajaan (57 SM-668 M).[1] Perkembangan Buddhisme dalam jangka waktu yang sangat panjang ini membuatnya menyerap unsur-unsur kepercayaan asli setempat yang lebih lama berakar. Tiga Kerajaan menyokong Buddhisme sebagai agama rasmi dan aktif membangunkan kuil-kuil Buddha.[3] Zaman kegemilangan Buddhisme berlangsung pada zaman Silla Bersatu (668-935).[1] Pada masa ini, seni Buddha yang paling bermutu dicipta seiring dengan penubuhan kuil-kuil, pagoda, arca dan menara genta. Kejayaan seni bina Buddha berterusan pada zaman Goryeo (918-1392). Perang yang sering melanda di semenanjung Korea menyebabkan hanya sedikit sekali warisan kuil Buddha dari zaman Tiga Kerajaan dan Goryeo yang tinggal. Kuil-kuil besar pada zaman kuno menunjukkan pengaruh besar dari pemerintah terhadap Buddhisme. Seni bina Buddha Tiga Kerajaan Korea juga mempengaruhi bangunan agama di Jepun yang sampai kini masih utuh dan memperlihatkan pengaruh Korea.[4] Kuil-kuil besar dari zaman Silla kini hampir semuanya musnah. Sebahagian besar kuil Buddha yang tersisa telah dibaikpulih mengikut perkembangan zaman. Konsep kuil-kuil inibadalah berdasarkan kehidupan agama. Antara yang terpenting adalah Kuil Bulguk di Gyeongju.[3] Tiga kuil besar lain dianggap sebagai perlambang tiga ratna-–"Buddha, Dharma, dan Sangha".[3] Buddha dilambangkan dengan Kuil Tongdo (Busan) yang menyimpan relik Sakyamuni dalam stupa. Korea menyerap seni bina Buddha China, dimana stupa berbentuk pagoda. Kuil Haein yang melambangkan dharma memiliki perpustakaan yang menyimpan teks-teks suci.[3] Kuil Songgwang dibuat sebagai lambang sangha.

Seni bina Kuil Buddha Korea memiliki keunikan tersendiri dan cenderung diukir dengan lebih rumit dibanding bangunan yang mempunyai seni bina khas Konfusianisme. Ia telah menyerap unsur kepercayaan Korea kuno ke dalamnya. Walau Kristiani telah mendapatkan banyak pengikut di Korea dan banyak tempat ibadah Kristian dibangunkan, seni bina Buddha merupakan majoritinya tapak warisan budaya yang dilindungi pemerintah di seluruh negeri. Pada tanggal 2 Julai 2018, kompleks kuil-kuil gunung Korea yakni Bongjeongsa, Seonamsa, Daeheungsa, Beopjusa, Magoksa, Tongdosa, Buseoksa ditetapkan sebagai Tapak Warisan Dunia oleh UNESCO karena nilai-nilai sejarah yang dimilikinya.[5]

Kuil-kuil gunung[sunting | sunting sumber]

Sebahagian besar kuil Buddha didirikan di kawasan pergunungan kerana gunung dianggap sebagai lambang spiritual kuil itu sendiri.[2] Penempatan di wilayah yang lebih tinggi ini disebabkan oleh faktor politik - sosial, geografi dan kepercayaan tempatan. Sejak lama bangsa Korea menghormati gunung sebagai tempat keramat, tempat bersemayamnya dewa-dewa gunung. Tradisi memilih lokasi yang strategik untuk mendirikan bangunan, juga amat dipengaruhi oleh keberadaan gunung. Keadaan geografi Korea memungkinkan dipraktekkannya geomansi.[2]

Terdapat tiga jenis kuil Buddha berdasarkan lokasinya, iaitu di dataran rendah, pergunungan dan gua.[2] Pada awal berkembangnya Buddhisme sebelum Joseon, kuil-kuil didirikan di pusat kota atau pemukiman dengan sokongan daripada pemerintah.[2] Pada zaman Joseon ketika Buddhisme mulai giat diperluas, para pemuka agama mundur ke daerah yang lebih jauh dari pusat kota. Saat ini, kuil-kuil sebahagian besar masih tersergam di kawasan pegunungan, hanya sedikit tersisa kuil Buddha di kawasan perkotaan. Kuil Buddha di pergunungan atau lembah dibangun mengikuti geomansi dan pengaruh Zen dan merupakan kategori terbanyak.

Seni bina[sunting | sunting sumber]

Patung dewa langit
Patung dewa langit
Dewan utama mengandungi imej Buddha
Dewan utama mengandungi imej Buddha

Seni bina tradisional Korea dirancang dengan fokus pada bahagian tengah dan empat sisinya dibatasi oleh bangunan.[2] Penempatan kuil direka bentuk sedemikian rupa dengan menara genta yang berada pada sisi selatan dan pintu masuk di bawahnya. Bangunan yang terpenting, Dewan Patung Buddha ditempatkan di sisi utara. Bangunan kuil lain dibina di sebelah kiri dan kanan. Pembinaan seperti ini dipercayai meniru bentuk gunung yang mengelilingi kompleks kuil. Bangunan di kompleks candi umumnya berupa tempat ibadat, tempat tinggal, bilik meditasi, bilik belajar dan kuil-kuil tuhan gunung.[2]

Seseorang yang ingin memasuki kompleks tersebut mesti sekurang-kurangnya melepasi bahagian-bahagian yang diatur sedemikian rupa.[1] Gerbang pertama untuk masuk ke kuil disebut ”gerbang tunggal” (iljumun). Gerbang kedua dibuat untuk patung empat dewa langit (cheonwang) yang masing-masing membawa alat khusus di tangannya sebagai pelindung kuil.[1] Patung-patung ini biasanya diukir dari kayu yang dilukis. Setelah gerbang empat dewa, bertemulah dengan gerbang menara genta. Gerbang ini umumnya digunakan sebagai tempat menggantung empat instrumen; genta perunggu, bedug, gong serta kentongan kayu berbentuk ikan.[1] Selanjutnya di depan halaman utama kuil terdapat balai agung yang menjadi bahagian utama kompleks. Balai agung ini merupakan pusat ibadat, di dalamnya terdapat patung Sakyamuni, Vairocana atau tokoh-tokoh lain.[1] Di belakang patung terdapat lukisan tatal bertemakan unsur Buddha (thaenghwa). Di salah satu sisi dinding bangunan utama adalah lukisan tuhan penjaga yang ketara.[1] Di luar kuil biasanya dibangunkan suatu kompleks kecil sebagai bentuk penghormatan bagi dewa gunung (sansin), menunjukkan bahawa Buddhisme telah lama menjadi kepercayaan bagi penduduk setempat.[6]

Bangunan kuil dibaikpulih secara berkala, kayu yang baru menggantikan kayu lama yang telah rosak.[1] Tiang dan balok disambung bersama menggunakan sistem kurungan yang juga boleh dibebaskan semula untuk proses pembinaan semula. Tiang dan balok diwarnai dengan teknik dancheong yang berwarna merah, hijau, kuning dan biru. Bahagian atap ditutup dengan genting berwarna gelap. Lekuk genting yang menurun di bahagian tengah lalu naik sedikit pada bahagian hujung melambangkan garis lekuk gunung-gunung yang mengelilingi kuil. Sebaliknya, di dewan besar terdapat sebuah bangunan tambahan yang disebut "bangunan penghakiman" yang mengandungi patung seorang tokoh neraka yang menghakimi orang selepas kematiannya. Di sini juga mengandungi nota kematian. Bangunan lain mengandungi tokoh-tokoh dari imam Zen yang memimpin kuil di masa lalu.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]