Kumpulan Formula Satu
| Formula Satu |
|---|
| Musim semasa |
| Artikel berkaitan |
|
Sejarah Formula Satu |
| Senarai |
| Pemandu
(Juara • Naib juara)
Pengeluar
(Juara • Naib juara)
Grand Prix · Litar |
| Rekod |
|
Pemandu (Kemenangan) |
Kumpulan Formula Satu (Bahasa Inggeris: Formula One Group) ialah segugusan syarikat yang bertanggungjawab terhadap promosi Kejohanan Dunia Formula Satu FIA dan eksploitasi hak-hak komersial sukan ini.[1] Kumpulan ini adalah milik mutlak Delta Topco, sebuah syarikat yang bertapak di Jersey milik dana CVC Capital Partners (kira-kira 70%) dan JPMorgan (kira-kira 20%). Amanah keluarga Bernie Ecclestone memiliki saham selebihnya di samping saham-saham kecil yang dipegang oleh penasihat kewangan dan Ecclestone sendiri.[2]
Pokoknya, "Formula One Group" hanya memaksudkan Formula One Management, Formula One Administration dan Formula One Licensing BV,[3] yang merupakan anak-anak syarikat Formula One Holdings. Namun begitu, Delta Topco memiliki perniagaan Formula Satu yang juga dipanggil Formula One Group.
Rujukan [sunting]
- ↑ Merger Procedure Article 6(1)(b) Decision Commission of the European Communities 2006-03-20
- ↑ Reid, Caroline, Sylt, Christian. "CVC takes wheel with GP2", Daily Telegraph, Telegraph Group, 2007-10-19. Dicapai pada 2007-10-29.
- ↑ The Official Formula 1 Website