Kumpulan Raub

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Kumpulan Raub ialah kumpulan batuan yang merujuk kepada formasi-formasi batuan berusia Permo-Trias di Jalur Tengah Semenanjung Malaysia.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Batuan-batuan daripada formasi-formasi dalam Kumpulan Raub bertaburan terutamanya di sekitar Raub, Merapoh dan Jengka.

Sejarah Pengkajian[sunting | sunting sumber]

Kajian terawal batuan Permo-Trias di sekitar utara Pahang telah dilakukan oleh Scrivenor (1911) yang kemudian memperkenalkan Siri Raub yang berusia Permo-Karbon.

Pengelasan siri batuan di Raub ini dilakukan oleh Richardson (1939) kepada Formasi Berkapur berusia Permo-Karbon dan Formasi Berarenit berusia Trias. Richardson (1939) juga membahagikan Formasi Berkapur kepada Fasies Berkapur dan Fasies Berargilit, di mana kedua-duanya berselang lapis dengan Siri Volkanik Pahang.

Richardson (1950) kemudian menamakan Formasi Berkapur kepada Siri Berkapur, kemudian membahagikannya kepada 3 fasies iaitu Fasies Berargilit, Fasies Berkapur dan Fasies Bercampur / Transisi.

Alexander (1959) seterusnya menaiktaraf Siri Berkapur kepada Kumpulan Raub.

Kajian paleontologi oleh Ahmad (1976) mencadangkan Formasi Semantan dan Formasi Kaling dimasukkan ke dalam Kumpulan Raub.