Kuota import

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Kuota import adalah satu jenis halangan perdagangan bersifat melindungi yang menetapkan had fizikal pada jumlah barang yang boleh diimport ke satu negara dalam jangka waktu tertentu. Kuota, seperti sekatan perdagangan lain, digunakan untuk menguntungkan pengilang barangan dalam ekonomi domestik dengan mengorbankan faedah yang boleh diperolehi oleh pengguna barangan dalam negara tersebut.

Pengkritik mengatakan kuota menggalakkan pada rasuah (rasuah untuk mendapatkan peruntukan kuota), penyeludupan (mengelakkan kuota), dan harga yang lebih tinggi bagi pengguna. Dalam ilmu ekonomi, kuota dianggap kurang cekap daripada tarif.