Lancelot De Mole

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Lancelot Eldin De Mole (CBE), (13 March 1880 – 6 May 1950) merupakan seorang jurutera dan pencipta Australia. Dia mencadangkan idea yang akan menjadi kereta kebal kepada pihak berkuasa British sebelum Perang Dunia Pertama tetapi ideanya tidak diterima pada masa itu dan kereta kebal dihasilkan oleh orang lain.

Kehidupan[sunting | sunting sumber]

De Mole dilahirkan di Adelaide, anak kepada William Frederick de Mole, arkitek dan juru ukur, dan isterinya Emily, née Moulden. Keluarganya berpindah ke Victoria ketika dia berusia 7 tahun, dan dia mendapat pendidikan di "Melbourne Church of England Grammar School" sehingga tahun 1891, dan kemudian di Berwick Grammar School. Selepas meninggalkan sekolah dia berlatih sebagai jurulakar jurutera.

Selepas perang De Mole menjadi jurutera dalam cabang rekaan bagi Badan Air Sydney ("Sydney Water Board").

Ciptaan[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1912 De Mole menghantar idea bagi kenderaan berperisai bertrek("kenderaan rel rantai yang mudah dikendali dan membawa muatan berat melalui tanah tidak rata dan parit") kepada Pejabat Perang British; pada Jun 1913 dia menerima jawapan bahawa ideanya telah ditolak.

De Mole membuat beberapa cadangan kepada Pejabat Perang British selepas 1912, pada 1914 dan 1916. Pada 1916 selepas kereta kebal Mark I telah digunakan, dia meminta diakui sebagai pencipta, menghantar model satu per lapan ciptaannya.

Selepas perang Mole memohon kesnya kepada kerajaan Australia. Pertanyaan dari kerajaan kepada pihak Birtish mendapat jawapan sopan bahawa malangnya idea Mr De Mole terlalu maju sebelum masanya dan ini tidak diakui sebagai mana ia sepatutnya.

Model kereta kebalnya dipaparkan di Peringatan Perang Australia, Canberra.


Paten U.S.[sunting | sunting sumber]

Dia memegang beberapa paten, termasuk:

  • US patent no.1,408,569, (held by Lancelot Eldin de Mole), dated 7 March 1922, for a "Road Vehicle".[1]
  • US patent no.1,448,056, (held by Lancelot Eldin de Mole), dated 13 March 1923, for a "Differential or Balance Gear".[2]
  • US patent no.1,737,573, (held by Lancelot Eldin de Mole), dated 3 December 1929, for a "Changing Sign and Display Apparatus".[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Katagori:Kelahiran 1880

Katagori:Kematian 1950 Katagori:Jurutera Australia Katagori:Pencipta Australia