Larian bebas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Lompatan meluru dan pusingan dinding

Larian bebas merupakan sejenis seni akrobatik moden yang mana penggiatnya, dikenali sebagai pelari bebas, menggunakan bandar dan landskap pedesaan untuk melakukan pergerakan melalui strukturnya. Ia menggabungkan pergerakkan-pergerakkan yang berkesan daripada Parkour dan menambah lompatan-lompatan estetika dan akrobat lain seperti tricking dan aksi jalanan, yang menghasilkan cara bergerak atletis dan estetis yang selesa. Aktiviti ini biasanya dipraktikkan di gimnasium dan di kawasan urban yang penuh dengan rintangan. Ia juga mempunyai fungsi yang sama dengan Parkour, iaitu bergerak dari satu ke tempat ke tempat yang lain sepantas yang boleh, serta melepasi halangan fizikal yang dihadapi.

Istilah free running (larian bebas) dicipta ketika penghasilan filem Jump London sebagai satu cara untuk memperkenalkan Parkour kepada orang berbahasa Inggeris. Walaubagaimanapun, kini terma larian bebas itu telah membawa konsep yang berasingan, berbeza daripada Parkour-perbezaan yang sering tidak dijawab kerana kesamaan estetika. Parkour merupakan sebuah disiplin yang mementingkan keberkesanan teknik, manakala larian bebas menekankan pergerakan penuh kebebasan-dan merangkumi banyak manuver akrobatik. Walaupun kedua-duanya sering sama secara fizikal, pola fikir masing-masing sangat berbeza. Pengasas seni ini, Sebastien Foucan mentakrifkannya sebagai satu disiplin untuk pembangunan diri, mengikut cara anda sendiri.

Ikhtisar[sunting | sunting sumber]

Larian bebas diinspirasikan daripada Parkour dan merangkumi unsur-unsur tricking dan aksi jalanan, yang dianggap oleh komuniti Parkour sebagai tidak efisien dan bukan Parkour. Ia juga sebuah sukan yang berbeza sedikit, kerana ia bukan segala-galanya tentang efisiensi dan lebih kepada sebuah seni.

Walaupun larian bebas dan parkour berkongsi banyak teknik umum, kedua-duanya mempunyai perbezaan mendasar dalam falsafah dan matlamat. Tujuan utama parkour ialah kemampuan untuk mengakses daerah yang seharusnya dapat dicapai dan kebolehan untuk melarikan diri daripada pengejarnya. Larian bebas pula menekankan pembangunan diri "mengikut cara anda sendiri".

Kontoversi[sunting | sunting sumber]

Isu perdebatan lain yang mula menyebabkan keretakan antara komuniti parkour dan larian bebas atau mungkin dapat menguatkan ikatan mereka ialah idea tentang pertandingan yang melibatkan golongan profesional dan amatur. Dari mula komuniti parkour menentang cadangan pertandingan yang serius kerana ia melanggar falsafah dasar parkour. Sebastien Foucan berkata dalam sebuah temubual bahawa walaupun mereka mengadakan pertandingan, dia tidak menyukai pertandingan tersebut, dan itu bukan "caranya", tetapi "cara" orang lain.

Konflik antara larian bebas dengan parkour dianggap terjadi apabila istilah "parkour" diterjemahkan kepada "freerunning" untuk diperkenalkan kepada masyarakat yang bertutur dalam bahasa Inggeris, dan timbul salah faham bahawa mereka mempunyai disiplin yang berbeza. Para pengasas dan pengembang ilmu tersebut tidak pernah menyatakan hal ini terjadi, dan kini bekerja untuk memperbaiki salah faham ini. Walaubagaimanapun, di luar sana masih terdapat banyak perbincangan tentang apa itu larian bebas dan kekeliruan tentang definisinya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]