Latihan dan pembangunan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam bidang pengurusan sumber manusia, latihan dan pembangunan (bahasa Inggeris: training and development, T&D) sumber manusia adalah satu daripada perkara yang penting dalam usaha untuk mempertingkatkan prestasi pekerja dan memenuhi peranan dan matlamat yang ditetapkan oleh sesebuah pertubuhan. T&D dapat mempertingkatkan kemahiran bekerja, lebih bermotivasi, lebih produktif, menyemarakkan lagi rasa kesetiaan atau moral pekerja, mempertingkatkan jalinan hubungan dan membantu membina semangat kerja berpasukan sama ada di kalangan subordinat, rakan sekerja atau pemimpin pertubuhan. T&D mampu mempertingkatklan kemahiran dan keberkesanan berkomunikasi. Tanpa program T&D yang mencukupi serta sesuai, pekerja akan menghadapi tekanan disebabkan kemampuan bekerja yang tidak mencukupi. Bagi pengurus, masalah kepimpinan juga akan timbul apabila mereka tidak mengetahui bidang kuasa serta penggunaan kuasa mereka.

Latihan dan pembangunan merangkumi tiga aktiviti utama: latihan, pendidikan, dan pembangunan.