Le.Gardenie

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Le.Gardenie
Kulit novel grafik Le.Gardenie
Penerbitan
Karya Benny Wong
Mula disirikan 2005 - 2008
Penerbit Kumpulan Art Square
Majalah Utopia
Komik
Watak utama Orange


Le.Gardenie ialah sebuah komik romantik Malaysia karya Ben. Ia disirikan di dalam majalah Utopia dan telah dibukukan dalam empat naskhah novel grafik; Le.Gardenie, Le.Gardenie Foolish Fruits, Le.Gardenie Party of Three dan Le.Gardenie Final Four.

Le.Gardenie pada asalnya dilukis dan dikarang sepenuhnya oleh Ben, namun selepas beliau keluar daripada GempakStarz, ia dilukis oleh staf GempakStarz.

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Orange boleh dikatakan simbol bagi kejahilan pria remaja yang ingin bercinta. Tidak pernah walau sekali dia mampu mencipta takdir yang baik dengan gadis-gadis di sekeliling. Dan acapkali juga, emosinya memainkan peranan sehingga membawa kepada kemusnahan. Sebagai contoh, dia secara tidak langsung membuatkan sahabat baiknya sejak kecil, Kiwi dituduh melakukan jenayah di sekolah kerana hubungannya dengan seorang gadis lain, Lemon yang hanya mempergunakannya bagi melaksanakan komplot tertentu. Sementara itu, seorang juwita yang dia cukup minati, Apple menghindari kewujudannya kerana salah faham yang dilakarnya sendiri.

Watak dan perwatakan[sunting | sunting sumber]

  • Orange - seorang remaja yang naif dan berkawan baik dengan Kiwi sejak kecil. Dia ialah anak tunggal kedua ibu bapanya. Dia sangat bodoh dan senang dipergunakan oleh orang lain.
  • Kiwi - kawan baik kepada Orange sejak kecil lagi, dia seorang remaja perempuan yang sedikit tomboi tetapi berhati baik. Sering mempertahankan Orange jika dia dibuli. Dia merupakan 'abang' kepada Orange. Dia juga seorang yang ceria. Kadang-kadang, dia juga seorang yang sensitif.
  • Lemon - remaja perempuan yang manja, kaya dan berwajah cantik, sanggup melakukan apa saja untuk mendapat apa yang dia mahu. Sejak kematian ibu bapanya di dalam satu kemalangan, dia dibawah jagaan nenek dan atuknya. Dia seorang perempuan yang tidak berhati perut, jahat dan licik. Pun begitu, dia sebenarnya kesunyian.
  • Apple - seorang remaja perempuan berwajah cantik dan ayu. Dia adalah seorang yang berperwatakan pemalu, baik, prihatin dan agak pendiam. Dia adalah orang yang Orange minati.
  • Charmaine - binatang peliharaan Orange. Charmaine ialah hadiah drpd ayah Orange kepada Orange. Tetapi Orange memberikan Charmaine kepada Kiwi. Kiwi amat menyayanginya. Charmaine juga seekor binatang yang berbulu warna kelabu. Dia akan mati pada buku kedua Le. Gardenie: Foolish Fruit.

Senarai novel grafik[sunting | sunting sumber]

  • Le.Gardenie
  • Le.Gardenie Foolish Fruits
  • Le.Gardenie Party of Three
  • Le.Gardenie Final Four