Lekar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lekar merupakan salah satu peralatan tradisional Melayu yang digunakan untuk meletakkan periuk atau kuali. Namun pada masa kini, lekar telah dijadikan sebagai kraftangan dan sering juga digunakan sebagai barang perhiasan dan juga bekas meletak peralatan kecil di rumah selain daripada digunakan sebagai tempat meletak buah-bauahan.[1] Ianya diperbuat melalui anyaman lidi kelapa atau daun palma yang lain.

Penghasilan[sunting | sunting sumber]

Lekar dihasilkan melalui anyaman lidi yang dilentur dan disusun berselang-seli d iantara satu sama lain mengikut susunan yang telah ditetapkan untuk membentuk corak yang dikehendaki. Ianya bermula daripada membuat tapak yang akan menentukan saiz lekar tersebut dan seterusnya menyusun lidi-lidi yang telah dipilih berdasarkan saiz lekar.

Selepas susunan dibuat, lidi tersebut perlu ditarik satu persatu bagi mengetatkan dan seterusnya membentuk Lekar yang diinginkan. Pada penghujung susunan lidi tersebut, ia perlu diikat dan dipotong supaya anyaman akan kelihatan kemas dan menarik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Lekar nipah dari ceruk dapur ke ruang tamu. Utusan Malaysia. Capaian 16 April 2012.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]