Lempoyang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pokok Lempoyang
Pengelasan saintifik
Alam: Tumbuhan
(tiada peringkat): Angiosperms
(tiada peringkat): Monocots
(tiada peringkat): Commelinids
Order: Zingiberales
Keluarga: Zingiberaceae
Genus: Zingiber
Spesies: Z. zerumbet
Nama binomial
Zingiber zerumbet (L.) Roscoe ex Sm.


Lempoyang biasanya tumbuh di kawasan semak samun. Ia dari jenis halia dan juga biasa dipanggil halia hutan. Pokoknya hampir menyerupai pokok bunga kantan. Ia mempunyai bunga yang cantik dan ketinggiannya lebih kurang 30-50 cm dari tanah. Sama seperti genus halia yang lain ia membiak melalui rizom dan pecahan rumpun.

Lempoyang, juga dikenali sebagai dalam bahasa Inggeris halia syampo, merupakan pokok halia dengan batang berdaun tumbuh sehingga ketinggian 1.2 m. Ia terdapat dikebanyakan negara tropika. Rhizom bagi Lempoyang (Z. zerumbet), telah digunakan sebagai perisa makanan dan pembuka selera dalam pelbagai masakan sementara pati rhizom telah digunakan dalam perubatan herba.

Gambaran[sunting | sunting sumber]

Lempoyang merupakan tumbuhan sepanjang tahun ("Perennial"), dengan itu dari musim luruh sehingga musim bunga ia bertapa atas tanah ketika batang berdaunnya kecut dan kering, meninggalkan batang menjalar berwarna coklat pucat (rhizomes) pada paras tanah. Pada musim bunga tumbuhan ini kembali tumbuh. Bilahan daun antara 10-12 sepanjang 15–20 cm tumbuh dalam aturan bersilang pada batang menegak, halus sehingga setinggi 1.2 m. Antara batang daun, bunga berbentuk belantan kembang pada batang yang lebih pendek berasingan. Ia muncul pada musim panas, selepas batang daun tumbuh agak lama. Kepala bunga bewarna merah kehijauan sepanjang 3–10 cm dengan sisik bertindanan, melindungi bunga putih kekuningan kecil yang menonjol keluar beberapa kuntum pada sesuatu masa. Ketika kepala bunga matang, ia perlahan-lahan berisi dengan cecair berlendir, berbau harum dan bertukar merah darah. Batang bunga biasanya kekal tersembunyi di bawah batang daun.

Taburan[sunting | sunting sumber]

Tumbuhan ini berasal dari India, disebarkan kearah timur melalui Polynesia dan diperkenalkan ke kepulauan Hawai melalui kanoe oleh penetap Polynesian awal.


Kegunaan[sunting | sunting sumber]

Antara kegunaan lempoyang ialah untuk mengubati:

  • kurang selera makan
  • sesak nafas
  • bau badan
  • gaut

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Senarai pokok Pokok mangga
A - B - C - D - E - F - G - H - I - J - K - L - M - N - O - P - Q - R - S - T - U - V - W - X - Y - Z