Lengan jumpelang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam enjin pembakaran dalaman, lengan jumpelang adalah sejenis tuas yang bergerak turun dan naik bagi menukarkan pergerakan pusingan daripada sesondol kepada pergerakan salingan (turun dan naik) pada injap untuk membuka dan menutupnya. Salah satu hujungnya dinaikkan dan diturunkan oleh sesondol (sama ada secara terus ataupun menggunakan tapet atau rod penolak) manakala bahagian hujung yang satu lagi pula menolak injap untuk membukanya. Apabila sesondol tidak lagi menolak lengan jumpelang, spring akan menolak injap dan lengan jumpelang kembali ke kedudukan asal masing-masing, membolehkan injap ditutup.

Bagi enjin kereta, biasanya lengan jumpelang dibuat daripada keluli yang dicap, menghasilkan keseimbangan yang boleh diterima antara kekuatan, berat serta kos pembuatan.

Bahagian kenderaan tunas Rencana berkaitan komponen atau bahagian kenderaan ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.