Li Peng

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Li Peng
李鹏
Li Peng

Tempoh berjawat
April 1988 – Mac 1998
Presiden Yang Shangkun
Jiang Zemin
Timbalan Yao Yilin
Zhu Rongji
Didahului oleh Zhao Ziyang
Digantikan oleh Zhu Rongji

Tempoh berjawat
15 Mac 1998 – 15 Mac 2003
Didahului oleh Qiao Shi
Digantikan oleh Wu Bangguo

Tarikh lahir 20 Oktober 1928 (85 tahun)
Tempat lahir Chengdu, Szechwan, Republik China
Kerakyatan China
Parti politik Parti Komunis China
Pasangan Zhu Lin
Anak Li Xiaopeng
Li Xiaolin
Li Xiaoyong
Alma mater Institut Kejuruteraan Kuasa Moscow
Profesion Ahli politik
jurutera awam
Agama Ateis
Tandatangan Tandatangan Li Peng

Li Peng (lahir 20 Oktober 1928) adalah Perdana Menteri Republik Rakyat China (1987-1998), dan Ketua Jawatankuasa Tetap Kongres Rakyat Kebangsaan (1998-2003). Pada 1990-an Li menduduki tingkat kedua dalam Parti Komunis China.

Sebagai Perdana Menteri, Li menyokong penggunaan kekuatan untuk menamatkan bantahan Dataran Tiananmen 1989. Li juga menganjurkan pendekatan konservatif terhadap pembaharuan ekonomi China dan ini bertentangan dengan bekas Perdana Menteri Zhao Ziyang. Kontroversi muncul selepas projek Empangan Tiga Gaung.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Li Peng dilahirkan di Chengdu , negeri Sichuan. Anak kepada pengarang Li Shuoxun.Li menjadi yatim piatu pada usia tiga tahun ketika ayahnya dieksekusi oleh Kuomintang kerana mengkhianat .Dia menjadi anak angkat Zhou Enlai dan penyokong kuat dasar Mao Zedong.Umur 17 tahun pada tahun 1945, Li menyertai Parti Komunis China.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pada tahun 1941 dia belajar di Institut Ilmu Pengetahuan Alamdi Yan'an . Pada 1948, ia dihantar belajar di Institut Kejuruteraan Tenaga Moscow , jurusan tenaga elektrik air . Selama tempoh itu dia menjadi ketua Persatuan Mahasiswa China di Kesatuan Soviet . Setahun kemudian, Zhou Enlai menjadi Perdana Menteri Republik Rakyat China. Li selamat dari pergolakan Revolusi Kebudayaan tanpa kecederaan, kerana ramai keluarganya dari kalangan Komunis yang kuat.

Beliau menjadi wakil menteri industri (1979) dan kemudian menteri 1981. Antara 1979 -1983, dia menjadi Menteri Perindustrian.

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Li Peng berkahwin dengan Zhu Lin dan mempunyai 3 anak:Xiaopeng Li , Li Xiaolin , dan Li Xiaoyong.

Rujukan[sunting | sunting sumber]