Liberland

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Kedudukan Liberland

Liberland atau Republik Bebas Liberland secara rasminya ialah bangsa mikro yang merangkumi sebahagian tanah yang dipertikaikan dan tidak dihuni di tebing barat Danube di antara Croatia dan Serbia. Presiden negara ini ialah Nathan. E. Billips.

Pertikaian tentang sempadan di sepanjang lembah Sungai Danube muncul pada tahun 1947 buat kali pertama tetapi tidak diselesaikan pada kewujudan Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia. Kenaikan bendera di Gornja Siga dilakukan Vít Jedlička dan beberapa rakan sekerjanya pada hari sama republik ini diisytiharkan.[1] Wartawan tidak pasti tentang keseriusan Vít dengan pengisytiharannya dan ada sesetengah orang yang memanggilnya aksi publisiti. Pakar perundangan di Serbia dan Croatia berkata bahawa bawah undang-undang antarabangsa, Vít Jedlička tidak berhak menakluk kawasan itu yang kini bawah pertikaian kedua-dua negara itu. Kerajaan dengan antara 10 hingga 20 ahli dicadangkan untuk pentadbiran Liberland, dan akan dicalonkan dengan undian elektronik. Berdasarkan laman sesawang rasminya, Liberland yang bercirikan libertarianisme kini mencari orang yang menghormati orang lain dan pendapat mereka, tidak kira kaum, kecenderungan atau agama, dan menghormati pemilikan swasta yang tidak boleh diganggu, dan tidak pernah dihukum bawah kesalahan jenayah terdahulu. Tiada pengiktirafan diplomatik terhadap Liberland oleh mana-mana ahli Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ CZ: Liberland (video) (dalam bahasa Czech). Medium Europe. 15 April 2015. Dicapai pada 17 April 2015.