Ligan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Ligan ialah molekul atau ion yang mempunyai sekurang-kurangnya sepasang elektron yang boleh didermakan. Ia juga dinamakan sebagai bes Lewis, atau nukleofil. Ligan tidak hanya mempunyai keupayaan sebagai penderma elektron, tetapi juga mempunyai orbital penerima.

Terdapat dua kelas utama ligan:
1- Ligan penderma mudah, atau ligan klasik
2- Ligan bukan klasik, ligan pengikatan π atau asid π

Ligan juga boleh dikelaskan secara elektronik, mengikut bilangan elektron yang didermakan kepada satu atom pusat apabila ligan ini dianggap sebagai spesies neutral.

Ligan juga boleh dikelaskan dari segi struktur, mengikut bilangan hubungan yang dibuat dengan atom pusat. Apabila ligan terikat oleh satu, dua atau lebih atom, ia disebut unidentat, bidentat, tridentat, tetradentat dan seterusnya, atau secara am multidentat.