Lindsey Davis

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lindsey Davis (1949-) adalah seorang pengarang yang berasal dari England, dan terkenal untuk siri cerita detektifnya yang bertajuk Falco, berdasarkan nama watak utamanya, seorang penyiasat peribadi (dalam bahasa Latin, delator) yang bernama Marcus Didus Falco di tamadun Rom semasa kurun ke-1 MS. Siri Falco mengisahkan pengalaman Falco sebagai seorang penyiasat dan ejen perisikan untuk kerajaan Rom, dan ditulis dalam bentuk autobiografinya sendiri, dengan setiap novel bertemakan satu ciri dari sejarah empayar Rom, misalnya novel Rahsia Cincin Tembaga (Venus in Copper) membincangkan perniagaan hartanah di Rome, sementara Falco di Afrika Utara (Two for the Lions) kaya dengan fakta mengenai hidup dan peranan seorang gladiator dalam empayar Rome pra-Kristian.

Judul-judul dalam siri Falco[sunting | sunting sumber]

Nota: Bahasa Inggeris merupakan bahasa asal untuk semuanya dan edisi Bahasa Malaysia masih belum terkeluar lagi. Penterjemahan tajuk di bawah tidak semestinya membayangkan maksud tajuk judul yang asal.

  1. The Silver Pigs (Jongkong-Jongkong Perak)
  2. Shadows in Bronze (Lembaga dalam Gangsa)
  3. Venus in Copper (Rahsia Cincin Tembaga)
  4. The Iron Hand of Mars (Peristiwa Lambang Tangan Besi)
  5. Poseidon's Gold (Waris kepada Festus)
  6. Last Act in Palmyra (Babak Terakhir di Syam)
  7. Time to Depart (Masa untuk Bertolak)
  8. A Dying Light in Corduba (Senja di Cordoba)
  9. Three Hands in the Fountain (Tiga Tangan dalam Mata Air)
  10. Two for the Lions (Falco di Afrika Utara)
  11. One Virgin Too Many (Pendeta Dara yang Hilang)
  12. Ode to a Banker (Puisi untuk Seorang Hartawan)
  13. A Body in the Bath House (Maut di Rumah Mandi)
  14. The Jupiter Myth (Mitos Jupiter)
  15. The Accusers (Kisah Seorang Peguamcara)
  16. Scandal Takes a Holiday (Peristiwa Infamia)
  17. See Delphi and Die (Falco di Tanah Yunani)
  18. Saturnalia
  19. Alexandria (Maut di Iskandariah)
  20. Nemesis

Sungguhpun novel yang terakhir, Nemesis dikeluarkan pada tahun 2010 dan pada asalnya ditulis sebagai penamat untuk siri Falco, Davis kembali pada akhir 2013 dengan sebuah siri baru berdasarkan pengalaman anak angkat Falco, iaitu Albia, yang bertajuk The Ides of April (Kisah Bulan April).

Siri Flavia Albia hingga kini merangkumi novel-novel yang berikut:

  1. The Ides of April (Kisah Bulan April)
  2. Enemies at Home (Hamba Abdi dan Tuanpunya)