Long Kerong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Rumah-rumah Penan di Long Kerong.
Dapur dalam sebuah rumah di Long Kerong.

Long Kerong merupakan sebuah kampung suku Penan yang terletak kira-kira 380 km daripada bandaraya Miri dan mengambil masa kurang lebih lapan jam perjalanan dengan menggunaan kenderaan pacuan empat roda dan tiga jam perjalanan dengan menggunakan perahu panjang tradisional. Kampung Long Kerong juga merupakan kampung ketiga bagi suku Penan selain dari Long Spegen dan Long Sait yang terletak di tebing Sungai Selungo.[1]

Long Kerong merupakan pusat perunding bagi masyarakat ataupun suku Penan di Selungo Baram. Ini dibuktikan dengan penubuhan Persatuan KOPERASI atau di kenali sebagai KOPESS bagi Koperasi Pelancongan Penan[2] di kawasan tersebut yang didirikan kampung Long Kerong dan keahlian koperasi ini disertai oleh 18 buah kampung Penan yang lain. Koperasi ini telahpun didaftarkan di bawah Koperasi Malaysia pada tahun 2012.

Bagi yang pertama kali ingin melawat ke Long Kerong, mereka boleh menggunakan tiga cara iaitu melalui Lapangan Terbang Long Akah Long San, Lapangan Terbang Long Lellang dan Lapangan Terbang Long Banga. Untuk masuk melalui Lapangan Terbang Long Lellang, pelawat terpaksa berjalan kaki melalui hutan tebal selama 4-5 jam.[3] Bagi yang ikut masuk melalui Long Banga dan Long San akan menaiki kenderaan pacuan empat roda ke Sungai Selungo dan akan menaiki perahu tradisional iaitu perahu panjang.

Selain suku Penan, suku-suku lain yang tinggal berdekatan adalah suku Kelabit Long Lellang, suku Kenyah Long San dan juga suku Saben Long Banga.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]