Luiz Inacio Lula da Silva

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Luiz Inácio Lula da Silva
Potret Luiz Inácio Lula da Silva

Tempoh jawatan
1 Januari 2003 – 1 Januari 2011
Naib Presiden José Alencar
Didahului oleh Fernando Henrique Cardoso
Diganti oleh Dilma Rousseff

Tempoh jawatan
10 Februari 1980 – 15 November 1994
Didahului oleh Jawatan ditubuhkan

Lahir 27 Oktober 1945 (68 tahun)
Caetés, Brazil
Parti politik Parti Buruh
Pasangan Maria de Lurdes (meninggal)
Marisa Letícia Rocco Casa
Anak Fábio Luís
Lurian Cordeiro
Luís Cláudio
Marcos Cláudio (Adopted)
Sandro Luís
Kediaman São Bernardo do Campo
Profesion Pekerja automotif
Penganjur kesatuan
Religion Katolik Rom[1]
Tandatangan Lula (Signature of Luiz Inácio Lula da Silva)

Luiz Inacio Lula da Silva (lahir Luiz Inacio da Silva pada 27 Oktober 1945), lebih dikenali sebagai Lula, merupakan Presiden Brazil yang ke-35. Beliau diiktiraf sebagai tokoh yang paling berpengaruh dalam 100 pemimpin dunia 2010.

Beliau 3 kali gagal dalam Pilihan raya presiden Brazil 1989. Lula mencapai kemenangan pada 2002 , dan dilantik sebagai Presiden Brazil tarikh 1 Januari 2003. Dalam Pilihan raya Brazil 2006 beliau terpilih semula untuk penggal kedua yang tamat pada 1 Januari 2011.

Biodata[sunting | sunting sumber]

Luiz Inacio da Silva dilahirkan pada 27 Oktober 1945 di Caetés (kemudian sebuah daerah Garanhuns ), terletak 155 batu (250 km) dari Recife , ibu negeri Pernambuco, Brazil.

Dia adalah anak ketujuh dari lapan beradik. Ayahnya Aristides Inacio da Silva dan ibunya Eurídice Ferreira de Melo. Dua minggu selepas dilahirkan, ayahnya pindah ke Santos dengan Valdomira Ferreira de Gois, sepupu Eurídice.

Pada Disember 1952, ketika Lula hanya tujuh tahun, ibunya memutuskan untuk berhijrah ke Sao Paulo untuk bersama dengan suaminya. Mereka tiba di Guarujá dan mendapati bahawa Aristides telah berkahwin dengan Valdomira. Empat tahun kemudian, Eurídice pindah dengan anak-anaknya ke sebuah bilik kecil di daerah belakang sebuah bar di kota São Paulo . Setelah itu, Lula jarang melihat ayahnya, yang menjadi seorang pemabuk dan meninggal dunia pada tahun 1978.

Lula berkahwin dua kali. Pada tahun 1969 beliau berkahwin dengan Maria de Lourdes, yang meninggal dunia kerana hepatitis pada tahun 1971. Tahun 1974 berkahwin dengan janda bernama Marisa Lula.

Politik[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 1980, sekumpulan ahli akademik, intelektual, dan pemimpin kesatuan Februari, termasuk Lula, mendirikan Partido dos Trabalhadores (PT) atau Parti Buruh, sebuah parti sayap kiri.

Presiden Brazil[sunting | sunting sumber]

Lula terpilih untuk jawatan presiden pada 27 Oktober 2002 dengan 61% suara dalam pusingan kedua yang diadakan antara dua calon yang mengumpulkan undi yang terbanyak dalam pusingan pertama. Lula mulai menjawat pada 1 Januari 2003. Politiknya secara tradisional bersifat sayap kiri, namun sejak ia menjadi presiden sayap kiri Brazil yang pertama semenjak Joao Goulart, politiknya lebih ke tengah. Ia dipilih bersama-sama dengan timbalan presidennya, Jose Alencar, dari Parti Liberal yang kanan-tengah.

Rujukan[sunting | sunting sumber]