Dilma Rousseff

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Excelência
 Dilma Vana Rousseff
Dilma Rousseff

Potret rasmi Dilma Rousseff


Penjawat kini
Mula berkhidmat 
1 Januari 2011
Naib Presiden Michel Temer
Didahului oleh Luiz Inacio Lula da Silva
Digantikan oleh Penjawat kini

Tempoh berjawat
21 Jun 2005 – 31 Mac 2010
Presiden Luiz Inácio da Silva
Didahului oleh José Dirceu
Digantikan oleh Erenice Guerra

Menteri Perlombongan dan Tenaga ke-21
Tempoh berjawat
1 Januari 2003 – 21 Jun 2005
Presiden Luiz Inacio Lula da Silva
Didahului oleh Francisco Luiz Sibut Gomide
Digantikan oleh Silas Rondeau

Tarikh lahir 14 Disember 1947 (66 tahun)
Tempat lahir Belo Horizonte, Minas Gerais, Brazil
Parti politik Parti Buruh
Pasangan Cláudio Galeno
Carlos Araújo
Anak Paula Rousseff
Tempat tinggal Brasília, Daerah Persekutuan
Alma mater Universiti Persekutuan Minas Gerais
Universiti Persekutuan Rio Grande do Sul
Profesion Ahli ekonomi
Agama Katolik Rom[1]
Tandatangan Tandatangan Dilma Rousseff
Laman web Official website

Dilma Vana Rousseff (sebutan dalam bahasa Portugis: [ˈdʒiwmɐ ʁuˈsɛf]; lahir 14 Disember 1947) ialah seorang ahli politik yang bakal menjadi Presiden Brazil wanita yang pertama. Beliau dilantik sebagai Ketua Turus oleh Presiden Luiz Inacio Lula da Silva pada Jun 2005,[2]. Rousseff dipilih oleh Lula sebagai penggantinya untuk memenangi pilihan raya presiden pada tahun 2010.

Anak kepada seorang pendatang Bulgaria dan seorang guru tempatan ini dibesarkan dalam rumahtangga kelas menengah atas di Belo Horizonte.[2] Pada usia belia, beliau menjadi seorang sosialis; ekoran rampasan kuasa pada tahun 1964, beliau menyertai kumpulan gerila urban berhaluan kiri yang menentang kediktatoran tentera. Rousseff ditangkap lalu dipenjarakan dari tahun 1970 hingga 1972.[2]

Selepas dibebaskan, Rousseff membina semula kehidupan di Porto Alegre bersama Carlos Araújo yang menjadi pasangannya selama 30 tahun.[2] Mereka berdua membantu dalam penubuhan Parti Buruh Demokratik (PDT) di negeri itu, kemudian mengambil bahagian dalam kempen-kempen pilihan raya parti itu. Beliau menjadi Setiausaha Perbendaharaan Porto Alegre sewaktu pentadbiran Alceu Collares, kemudian menjadi Setiausaha Tenaga di Rio Grande di bawah pemerintahan Collares dan Olívio Dutra.[2] Pada tahun 2000, setelah bertelagah dalam jemaah menteri Dutra, Rousseff beralih ke PT.[2]

Pada tahun 2002, Rousseff menyertai jawatankuasa yang bertanggungjawab atas dasar tenaga calon presiden Luiz Inácio Lula da Silva. Setelah menang, Lula melantik Rousseff sebagai Menteri Tenaga.[2] Pada tahun 2005, berlakunya satu krisis politik yang diakibatkan oleh skandal rasuah sehingga memaksa Ketua Turus José Dirceu meletak jawatan. Rousseff menyandang jawatan tersebut sehingga beliau mengundurkan diri pada 31 Mac 2010 untuk bertanding untuk jawatan Presiden.[2] Beliau dilantik Presiden wanita pertama Brazil pada 31 Oktober 2010.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: