MD5

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Dalam kriptografi, MD5 (Message-Digest algorithm 5) ialah sebuah fungsi cincangan kriptografi yang digunakan secara meluas, dengan nilai cincangan 128-bit. Sebagai sebuah standard internet, MD5 digunakan dalam pelbagai aplikasi keselamatan, di samping digunakan untuk menyemak kesahihan fail. Sebuah cincangan MD5 terdiri daripada 32 angka asas-16. Baru-baru ini, beberapa projek telah dijalankan untuk membina jadual carian MD5 yang boleh dicapai dengan mudah secara dalam talian, dan boleh digunakan untuk mengembalikan semula rentetan MD5 kepada data yang asal.

MD5 dicipta oleh Ronald Rivest pada tahun 1991 untuk menggantikan fungsi cincangan yang sebelumnya, MD4. Pada tahun 1996, sebuah kelemahan telah dijumpai pada reka bentuk MD5; meskipun ia bukanlah sebuah kelemahan yang besar, para ahli kriptografi mula mencadangkan penggunakan algoritma yang lain, seperti SHA-1. Pada tahun 2004, beberapa kelemahan yang lebih serius dijumpai, justeru menjadikan penggunaannya untuk tujuan keselamatan dipersoalkan.


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.