Machap (kawasan negeri Melaka)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Machap
Fail:Head machap.jpg
Kawasan pilihan raya diwujudkan1974
Kawasan pilihan raya telah dimansuhkan2018
Kali pertama dipertandingkan1974
Kali terakhir dipertandingkan2013
Demografi
Pemilih (2018)[1]12,719
Luas (km²)[2]161

Machap merupakan bekas kawasan pilihan raya negeri di Melaka. Ia dinamakan sebagai Machap Jaya selepas persempadanan

Kematian ADUN[sunting | sunting sumber]

Pada 15 Mac 2007, Datuk Wira Poh Ah Tiam yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap pada waktu itu merangkap Pengerusi Perhubungan MCA negeri disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 6 petang ini kerana kegagalan buah pinggangnya berfungsi[3] .

Pilihanraya kecil 2007[sunting | sunting sumber]

Suruhanjaya pilihanraya akan menentukan pada hari Rabu 21 Mac 2007 bagi membincangkan pilihanraya kecil di kawasan ini. Pada hari berkenaan, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, Melaka ialah pada 3 April 2007, manakala pengundian pada 12 April 2007 jika ada pertandingan.[4] . Pengerusinya, Tan Sri Ab. Rashid Ab. Rahman berkata, bagi tujuan pilihan raya tersebut, SPR akan menggunakan daftar pemilih induk yang disahkan pada 31 Disember 2006 dan dikemaskinikan sehingga 15 Mac 2007.

Beliau berkata, daftar pemilih tersebut mengandungi 9,623 pemilih iaitu 9,515 pemilih awam dan 108 orang pemilih pos dengan sedikit penurunan berbanding 9,889 pengundi pada pilihan raya umum 2004.[5]

Penamaan Calon[sunting | sunting sumber]

Pada hari penamaan calon, akhirnya terdapat pertandingan satu lawan satu di antara Barisan Nasional(BN) yang diwakili oleh Lai Meng Chong dengan Parti Tindakan Demokratik(DAP) yang diwakili oleh Liou Chen Kuang..[6]

Keputusan Pilihanraya[sunting | sunting sumber]

Pilihanraya kecil 2007[sunting | sunting sumber]

Nama Calon Parti Bilangan Undi Peratusan
Lai Meng Chong (BN MCA) 5,533
Liou Chen Kuang (DAP) 1,452
Jumlah Pengundi 9,623
Jumlah yang mengundi 74.35
Undi Rosak

Pilihanraya 2004[sunting | sunting sumber]

Nama Calon Parti Bilangan Undi Peratusan
Poh Ah Tiam (BN MCA) 5,847
Liou Chen Kuang (DAP) 1,285
Jumlah Pengundi
Jumlah yang mengundi 7132
Undi Rosak

Notakaki[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Electoral Roll for the 14th Malaysian General Election Updated as of 10 April 2018" (PDF). Election Commission of Malaysia. 2018-04-16. m/s. 12. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-04-25. Dicapai pada 2018-04-25.
  2. ^ Laporan Kajian Semula Persempadanan Mengenai Syor-Syor Yang Dicadangkan Bagi Bahagian-Bahagian Pilihan Raya Persekutuan Dan Negeri Di Dalam Negeri-Negeri Tanah Melayu Kali Keenam Tahun 2018 Jilid 1 (PDF) (Laporan). Election Commission of Malaysia. 2018. Diarkibkan daripada yang asal (PDF) pada 2018-04-12. Dicapai pada 2018-04-15.
  3. ^ "ADUN Machap meninggal dunia". Utusan Malaysia. Diarkibkan daripada yang asal pada 2007-09-30. Dicapai pada 2007-03-16.
  4. ^ "Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Machap 3 April". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2007-03-22.
  5. ^ "Penamaan calon pilihan raya kecil DUN Machap 3 April". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2007-03-22.
  6. ^ "Machap uji persediaan BN". Utusan Malaysia. Dicapai pada 2007-04-04.