Majalah Mastika

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mastika
Sampel kulit majalah Mastika keluaran Jun 2007.

Sampel kulit majalah Mastika keluaran Jun 2007.

Penolong Pengarang Sahidan Jaafar[1]
Kategori Kemasyarakatan[2]
Kekerapan Bulanan
Pengedaran 852,000[2]
Isu pertama 1 Jun 1941
Syarikat Utusan Karya Sdn Bhd.
Negara Malaysia
Ibu pejabat Bandar Baru Bangi, Selangor
Bahasa Bahasa Melayu

Majalah Mastika merupakan sebuah majalah berbahasa Melayu yang diterbitkan secara bulanan. Ia merupakan sebuah majalah yang bercorak kisah misteri, seram, masyarakat, dan pengetahuan umum.

Majalah Mastika mula dikeluarkan pada 1 Jun 1941[2] dengan nombor ISSN 012-5598.[3] Di sepanjang penerbitannya, Majalah Mastika telah dikemudi dan diperkemaskan oleh beberapa orang tokoh.

Tokoh-tokoh tersebut merangkumi Abd Rahim Kajai sebagai pengarang pertama, kemudian diikuti oleh Tan Sri Abdul Samad Ismail, Munir Ghazali, A. Samad Said dan Zainol Fakir. Majalah ini mendapat sambutan masyarakat, sehingga tahun 2007 majalah ini telah memegang rekod jualan tertinggi selama sepuluh tahun berturut-turut. Hal ini mungkin kerana majalah ini memaparkan isu-isu yang dekat dengan masyarakat.

Isi kandungan

[sunting] Saiz

Majalah Mastika merupakan sebuah majalah padat berjilid dengan saiz 12.5 cm X 18.5 cm. Majalah Mastika keluaran Mei 1999 mempunyai jumlah halaman setebal 131 muka surat.

[sunting] Penerbit

Majalah Mastika diterbitkan oleh Utusan Melayu (Malaysia) Berhad yang beralamat di Bandar Baru Bangi, Selangor Darul Ehsan.

[sunting] Sidang redaksi

Pengarang

  • Zulkarnain Zakaria

Wartawan Eksekutif

  • Sahidan Jaafar

Wartawan

  • Aninah Janang
  • Shamran Sarahan
  • W.M Hafiz W.Hamzah

Pembaca Pruf

  • Ketua: A. Latiff Yusoff

Visualizer

  • Azha Abu Bakar

Reka Bentuk Cover

  • U.Yusuf U.Ismail

Artis Grafik

  • Azizatul Uzaimah Che Othman

[sunting] Pautan luar

[sunting] Rujukan

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan