UtusanTV

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
UtusanTV
JenisAkhbar dalam talian
Diasaskan1 Januari 2021
BahasaMelayu
Ibu pejabatKuala Lumpur
NegaraMalaysia
PemilikUtusan Binders Sdn Bhd
Ketua pengarangZulkefli Hamzah
Laman sesawangutusantv.com

UtusanTV ialah sebuah laman web berita Malaysia yang ditubuhkan sejak 1 Januari 2021.[1] Ia dibangunkan oleh sekumpulan mantan wartawan Utusan Melayu (Malaysia) Berhad (UMMB) yang kehilangan kerja apabila syarikat itu ditutup pada 9 Oktober 2019.[1] Ia diterajui oleh ketua pengarangnya, Datuk Zulkefli Hamzah[2] yang merupakan pengarang Utusan Malaysia sebelum akhbar tersebut diberhentikan penerbitannya pada 2019.

Latar belakang[sunting | sunting sumber]

Utusan TV dibangunkan oleh Zulkefli Hamzah dan kumpulan bekas wartawan Utusan Malaysia dan mula beroperasi pada 1 Januari 2021.[1] Terdahulu, Zulkefli yang merupakan bekas pengarang Utusan Malaysia tidak dilibatkan dalam penerbitan semula akhbar yang beliau pernah terajui oleh pemilik baharu syarikat tersebut, Media Mulia. Dengan sokongan sekumpulan rakan-rakan, beliau membeli Utusan Binders Sdn Bhd, sebuah anak syarikat UMMB yang memegang permit enam majalah syarikat penerbitan itu, iaitu Mastika, Wanita, Saji, Hijab, URTV dan Al-Islam.[3]

Isu dan tengkarah[sunting | sunting sumber]

Sekatan capaian[sunting | sunting sumber]

Pada 7 Ogos 2023, portal berita UtusanTV tidak boleh dicapai oleh sesetengah pengguna perkhidmatan internet Unifi dan Maxis.[2] Tindakan sekatan tersebut telah mendapat perhatian beberapa pertubuhan seperti BERSIH.[4] dan Gerakan Media Merdeka (GeraMM),[5] lebih-lebih lagi sekatan telah dibuat dalam fasa enam buah negeri sedang menghadapi pilihan raya peringkat negeri masing-masing.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b c "UtusanTV.com: Baru tiga bulan tapi sudah mula menyengat". VOA Media Network (dalam bahasa Inggeris). 2021-03-31. Dicapai pada 2023-08-09.
  2. ^ a b "Portal berita UtusanTV pula disekat akses". MalaysiaNow. 2023-08-07. Dicapai pada 2023-08-09.
  3. ^ "Why is UtusanTV blocked by MCMC? And are they linked to Utusan Malaysia?". Yahoo News (dalam bahasa Inggeris). 2023-08-07. Dicapai pada 2023-08-09.
  4. ^ "BERSIH minta SKMM jelaskan kenapa UtusanTV disekat". Berita Harian. 8 Ogos 2023. Dicapai pada 9 Ogos 2023.
  5. ^ Zulkifli, Hanani (2023-08-08). "SKMM perlu perjelas sekatan terhadap UtusanTV – Geramm - The Merdeka Times" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2023-08-09.