Majlis Peralihan Kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Majlis Peralihan Kebangsaan
مجليس ڤراليهن کبڠساٴن

Seal of the National Transitional Council (Libya).svg

Singkatan NTC
Penubuhan 27 Februari 2011
Dimansuhkan 8 Ogos 2012 [1]
Jenis Kerajaan sementara
Tujuan Demokrasi atau perhimpunan secara berunding
Ibu pejabat Tripoli
Lokasi  Libya
Bahasa rasmi Arab
Pengerusi Mustafa Abdul Jalil
Timbalan Pengerusi Mustafa Honi
Perdana Menteri Abdurrahim El-Keib
Mahmoud Jibril
Laman sesawang ntc.gov.ly

Majlis Peralihan Kebangsaan (Arab: المجلس الوطني الإنتقالي‎ al-majlis al-waṭanī al-intiqālī atau kependekannya NTC) merupakan kerajaan de facto Libya bagi tempoh semasa dan selepas perang saudara pada tahun 2011 di mana kerajaan ini merupakan antara kuasa yang ingin menjatuhkan kerajaan Jamahiriya Kolonel Muammar Gaddafi. Majlis ini mentadbir negara Libya selama 10 bulan selepas peperangan dan mengadakan pilihan raya untuk Kongres Kebangsaan Am pada 7 Julai 2012 serta menyerahkan kuasa kepada ahli Kongres yang baharu dipilih pada 8 Julai 2011.[2]

Pembentukan Majlis Peralihan Kebangsaan diumumkan di Benghazi pada 27 Februari 2012 bertujuan untuk bertindak sebagai "wajah revolusi dalam siasah". Pada 5 Mac 2011, majlis ini telah mengeluarkan satu kenyataan yang mengisytiharkan bahawa majlis ini sebagai "satu-satunya badan sah yang mewakili Libya dan rakyatnya".[3][4] Sebuah lembaga eksekutif yang dipengerusikan oleh Mahmoud Jibril telah dibentuk oleh NTC pada 23 Mac 2011 selepas berhimpun secara de facto sebagai "pasukan eksekutif" sejak 5 Mac 2011. NTC mengeluarkan Pengisytiharan Perlembagaan pada Ogos 2011 dimana ia ditubuhkan bagi menjalankan peralihan negara kepada demokrasi berperlembagaan dengan kerajaan yang dipilih.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Cousins, Michel (24 Julai 2012), "National Congress to meet on 8 August: NTC", Libya Herald, diperolehi pada 26 Julai 2012 
  2. "Libya's transitional rulers hand over power". Boston.com. Diperolehi pada 8 Ogos 2012. 
  3. "Ferocious Battles in Libya as National Council Meets for First Time". NewsCore (melalui news.com.au). 6 Mac 2011. Diperolehi pada 6 Mac 2011. 
  4. The Interim Transitional National Council Decree 3. 5 Mac 2011.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]