Majlis Sukan Universiti Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Majlis Sukan Universiti Malaysia
Kerangka
KependekanMASUM
Cogan kataBersatu Ke Arah Kegemilangan Sukan Universiti
Jenis/bentuk sahPersekutuan sukan universiti
Tapak webhttp://www.masum.org.my/
Sejarah
Dibentuk1974
Pengurusan
PengerusiProf. Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap
Setiausaha AgungMohd Fairuz Azwad Mohd Zauwawi
Lokasi
Ibu pejabatPutrajaya, Malaysia
Kawasan perkhidmatanMalaysia
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Majlis Sukan Universiti Malaysia disingkatkan sebagai MASUM ialah sebuah persekutuan sukan universiti yang berpangkalan di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1974. Ia diiktiraf oleh Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia dan ahli Persekutuan Sukan Universiti Antarabangsa (FISU). Badan sukan universiti itu adalah badan tunggal yang diiktiraf untuk sukan universiti di Malaysia oleh FISU. MASUM juga merupakan ahli Persekutuan Sukan Universiti Asia.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Detik-detik penubuhan MASUM bermula pada tahun 1974 di atas inisiatif pegawai-pegawai sukan universiti pada ketika itu untuk mengadakan pertandingan sukan di kalangan kakitangan universiti tempatan. Pertandingan ini menjadi pemangkin kepada pembangunan sukan di antara universiti tempatan. Pada tahun (1975) penganjuran sukan diantara pelajar-pelajar universiti mula diadakan sehingga kini. Pada tahun 1981, Gabungan Universiti Malaysia (GUM) ditubuhkan hasil daripada inisiatif Timbalan-Timbalan Naib Canselor, Hal-Ehwal Pelajar, Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) ketika itu. Sebelum penubuhan GUM, semua aktiviti sukan di IPTA dikendalikan secara ‘ad-hoc’ di kalangan IPTA. Nama GUM telah di tukarkan ke Majlis Sukan Universiti dan Institut Pengajian Tinggi Malaysia (MASUIPTIM) pada tahun 1983. Pada tahun 1985, nama MASUIPTIM telah ditukar secara rasmi dan dinamakan Majlis Sukan Universiti Malaysia (MASUM).[1]

Senarai Pengerusi dan Setiausaha Agung MASUM[sunting | sunting sumber]

[2]

# Tahun IPT Pengerusi Setiausaha Agung
1 1981-1983 USM Dato’ Prof. Amir Awang Ahmad Daud
2 1983-1985 UKM Tan Sri Dato’ Dr. Mohd Yusof Noor Hj. Salleh Haji Husain
3 1985-1987 UM Prof. Dato’ Dr. Firdaus Abdullah Chua Ah Tok
4 1987-1989 UPM Dato’ Dr. Kamaruddin Kachar Young Bang Kuang
5 1989-1991 UTM Prof. Syed Fahmi Syed Mansor Yunus Dahlan
6 1991-1992 UiTM Prof. Ir. Dr. Hj. Wan Mahmood Wan AB Majid Mustaza Ahmad
7 1993-1994 UUM Dato’ Prof. Dr. Mohd Nawi Ab. Rahman Shafferi Rejab
8 1995-1996 UKM Prof. Dr. Mohd Hj. Yusof Jaslana Hj. Hussen
9 1997-1998 UM Datuk Mohd Yunus Md Noor Ismail Mohd Nor
10 1999-2000 UIAM Prof. Dr. Sidek Baba Kamal Yahya
11 2001-2002 UPM Prof. Madya Dr. Idris Abdol Hj. Hamzah Ismail
12 2002-2003 UPM Prof. Dato’ Dr. Abdullah Al-Hadi Hj. Mohamed Hj. Hamzah Ismail
13 2003-2005 UNIMAS Prof. Dr. Sulaiman Hj. Hanapi Zambari Hj. Baijuri
14 2005-2007 UKM Prof. Dato’ Dr. Mohd Wahid Samsudin Jaslana Bin Hj. Hussen
15 2007-2009 USM Prof Dato’ Omar Osman Muhamad Mohd Hanif
16 2009-2011 UPSI Prof. Shaharudin Abdul Aziz Ahmad Hj. Omar
17 2012-2013 UMS Prof Madya Datuk Dr. Hj. Kasim Hj. Md Mansor Asyraaf Bin Abdullah
18 2014-2015 UMT Prof. Dr. Anuar Hassan Hj. Muhamad Rafee Jusoh
18 2014-2015 UMT Prof. Dr. Anuar Hassan Hj. Muhamad Rafee Jusoh
19 2016-2017 UiTM Prof. Dato’ Dr. Abdullah Mohamad Said Mustaza Ahmad
20 2018 UTHM Prof Dato’ Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan Azli Puddin
21 2019 USIM Prof. Madya Dr. Mohd Rushdan Mohd Jailani Hamran Husin
22 2020-kini UTEM Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap Mohd Fairuz Azwad Mohd Zauwawi

Organisasi[sunting | sunting sumber]

Berikut merupakan senarai organisasi MASUM:[3]

  • Pengerusi: Prof. Madya Dr. Nurulfajar Abd Manap
  • Timbalan Pengerusi I: Prof. Dato’ Dr. Yuserrie Zainuddin
  • Timbalan Pengerusi II: Prof. Dr. Mohd Fo’ad Sakdan
  • Setiausaha Agung: Mohd Fairuz Azwad Mohd Zauwawi
  • Penolong Setiausaha Agung I: Mohd Aznorizamin Ismail
  • Penolong Setiausaha Agung II: Syeamarsyeta Ahamad
  • Bendahari: Yusri Hashim

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "MAJLIS SUKAN UNIVERSITI MALAYSIA (MASUM)". masum.org.my. Majlis Sukan Universiti Malaysia. Dicapai pada 16 November 2021.
  2. ^ Senarai Pengerusi dan Setiausaha Agung
  3. ^ Carta Organisasi