Malayan People's Anti-Japanese Army

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Malayan People's Anti-Japanese Army (terjemahan: Tentera Anti-Jepun Penduduk Tanah Melayu) atau singkatannya MPAJA ialah satu pertubuhan Parti Komunis Malaya (PKM) atau juga dipanggil Bintang Tiga telah memerintah Tanah Melayu selama empat belas hari pada tahun 1945. Ramai orang keturunan Cina menganggotai pertubuhan ini kerana mempunyai perasaan benci terhadap Jepun yang telah menakluki negara China pada masa itu. Waktu ini adalah jangkamasa yang bermula dari tarikh tentera Jepun mengaku kalah kepada Tentera Bersekutu pada 16 Ogos 1945 sehinggalah tarikh kepulangan tentera British kembali ke Tanah Melayu untuk menubuhkan Kerajaan Pentadbiran British.

Kerjasama dengan British[sunting | sunting sumber]

Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, Parti Komunis Malaya telah bekerjasama dengan British untuk memerangi Jepun. PKM berjaya mempengaruhi British membebaskan semua tahanan politik yang berhaluan kiri.

Kerjasama antara PKM dan British telah menghasilkan Sekolah Latihan Khas 101 di Singapura. Latihan yang diberi di sekolah tersebut adalah dalam bentuk perang gerila. PKM telah membentuk MPAJA.

Selepas berjaya mengusir tentera Jepun, satu konflik timbul disebabkan polisi tentera British yang sebenarnya anti-komunis.

Modus operandi[sunting | sunting sumber]

Sewaktu pemerintahan Jepun, orang Melayulah yang majoritinya menganggotai Pasukan Polis Jepun yang dikenali sebagi Jookidam[1] , di Tanah Melayu. Dalam masa empat belas hari tersebut banyak orang Melayu yang dibunuh oleh Tentera MPAJA atau Bintang Tiga atas tuduhan bersubahat dengan Tentera Jepun. Tentera Jepun memang anti kaum China. Dalam masa empat belas hari itu berleluasalah anggota Bintang Tiga dengan memasukki kampung-kampung untuk mencari bekas ahli-ahli Jookidam, yang kebanyakannya orang Melayu. [2]

Kebencian Bintang Tiga kepada Jepun adalah lanjutan dari penaklukan negara China oleh Jepun di mana ramai orang China yang telah dibunuh terutamanya di Nanjing dalam apa yang dikenali sebagai panggil “Penyembelihan Nanjing”. Tentunya mereka tidak mempercayai orang China dan begitu juga orang China amat memusuhi Tentera Jepun. Dan kebanyakan mangsanya adalah pengawal-pengawal kampung dalam bentuk Jookidam itu.[3]

Modus operandi pembunuhan yang dilakukan oleh Bintang Tiga adalah dengan membawa bekas-bekas anggota Jookidam, ke tepi hutan dan disuruh menggali lubang. Kemudian mereka dipukul dengan kayu, besi atau belakang cangkul dan ditanam ke dalam lubang yang sudah siap digali. Mungkin ditanam hidup-hidup. Ada juga yang ditembak ditepi lubang dalam keadaan berlutut. [4]Ada pula yang digantung selepas perbicaraan singkat tanpa pembelaan. Malah tiada siapa yang berani membela kerana takut disyakki sebagai pembelot juga.[5] Pembunuhan-pembunuhan ini menimbulkan reaksi tindak balas dari orang-orang Melayu seperti oleh Panglima Salleh Selempang Merah yang mendapat sokongan padu orang-orang kampung yang bersenjatakan senjata tradisi parang dan tombak, sehingga mampu mengancam pihak Komunis yang lengkap bersenjata api.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota kaki[sunting | sunting sumber]