Empayar Jepun

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
大日本帝國
Dai Nippon Teikoku
Empayar Jepun Raya
1868–1945
Bendera Mohor Diraja
Lagu kebangsaan
"Kimi ga Yo"
"Imperial Reign"
Ibu negara Tokyo
Kerajaan Raja berperlembagaan
Maharaja
 - 1868–1912 Maharaja Meiji
 - 1912–1926 Maharaja Taishō
 - 1926–1989 Maharaja Shōwa
Perdana Menteri
 - 1885-1888, 1892-1896, 1898, 1900-1901 Itō Hirobumi
 - 1888-1889 Kuroda Kiyotaka
 - 1889-1891 Yamagata Aritomo
 - 1906-1908, 1911-1912 Saionji Kinmochi
 - 1901-1906, 1908-1911 Katsura Tarō
 - 1913-1914, 1923-1924 Yamamoto Gonnohyōe
Sejarah
 - Pemulihan Meiji 3 Januari 1868
 - Pembaharuan wilayah 29 Ogos 1871
 - Perlembagaan 29 November 1890
 - Penyerahan kalah 2 September 1945
Keluasan 675,000 km2 (260,619 bt persegi)
Kependudukan
 -  est. 97,770,000 
     Kepadatan 144.8 /km2  (375.1 /bt persegi)
Mata wang Yen
Didahului oleh
Digantikan oleh
Kesyogunan Tokugawa
Kerajaan Ryūkyū
Republik Ezo
Republik Taiwan (1895)
Empayar Rusia
Empayar Korea
Nugini Jerman
Komanwel Filipina
Hindia Belanda
Indochina Perancis
Empayar British
Pendudukan Sekutu atas Jepun
Republik China
Korea Utara
Korea Selatan
Kesatuan Soviet
Indonesia
Komanwel Filipina
Indochina Perancis
Mandat PBB di Kepulauan Pasifik
Empayar British
Anggaran populasi tahun 1935

Empayar Jepun (Kyūjitai: 大日本帝國; Shinjitai: 大日本帝国; disebut Dai Nippon Teikoku; secara rasminya Empayar Jepun Raya) merupakan satu kerajaan di bawah Perlembagaan Empayar Jepun dan Jepun dan kawasan-kawasan yang di bawah perintahnya sejak zaman Pemulihan Meiji sehingga kekalahan dalam Perang Dunia II. maharaja-maharaja yang bertakhta sepanjang zaman ini, iaitu zaman-zaman Meiji, Taishō dan Shōwa, kini dikenali dengan nama posthumus (yang diberi selepas kemangkatan) yang bersamaan dengan nama zaman masing-masing: Maharaja Meiji (Mutsuhito), Maharaja Taishō (Yoshihito) dan Maharaja Shōwa (Hirohito).

Peristiwa-peristiwa terpenting yang berlaku pada zaman ini termasuk pemulihan kuasa Maharaja (大政奉還 Tai-sei Hou-kan?) pada 9 November 1867, Pemansuhan sistem han (廃藩置県 Hai-han Chi-ken?) pada 14 Julai 1871, pengindustrian dan penenteraan pesat yang dialami negara di bawah cogan kata Fukoku Kyohei (富国強兵?, "Perkayakan Negara, Kuatkan Tentera"), yang membawa kepada timbulnya sebagai kuasa dunia yang seterusnya menyertai perikatan Paksi dan menawan sebahagian besar rantau Asia-Pasifik.

Empayar Jepun menyerah kalah kepada kuasa Berikat pada 2 September 1945, setelah pengeboman atom Hiroshima dan Nagasaki yang menyusuli peristiwa-peristiwa seperti penetangan di Perang Pasifik dan Perang China-Jepun Kedua terhadap negara-negara Berikat pada Perang Dunia II.

Penyerahan kalah tersebut disusuli oleh satu tempoh pendudukan oleh kuasa-kuasa Berikat, kemudiannya penyerahan dan pemansuhan Empayar, dan satu perlembagaan baru digubal dengan penglibatan Amerika Syarikat. Pendudukan Amerika Syarikat dan pembinaan semula negara berterusan sehingga 1950-an lalu membentuk Jepun moden zaman kini.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]