Mary Ann Bevan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Mary Ann Bevan (20 Disember 1874 – 26 Disember 1933) ialah seorang wanita Inggeris yang mengalami akromegali dan hidup sebagai bahan pertunjukan sirkus sebagai " wanita paling hodoh di dunia." [1]

Tahun-tahun awal[sunting | sunting sumber]

Mary Ann Bevan adalah salah seorang daripada lapan orang adik-beradik yang dilahirkan dalam keluarga kelas pekerja di Plaistow, London Timur.  Beliau kemudiannya menjadi seorang jururawat. Pada tahun 1903, berkahwin berkahwin dengan Thomas Bevan dan dikurniakan empat orang anak. Thomas Bevan meninggal dunia secara tiba-tiba pada tahun 1914. [2]

Pertunjukan sirkus[sunting | sunting sumber]

Bevan mula menunjukkan simptom acromegali sejurus selepas beliau berkahwin, sekitar umur 32 tahun. [3] Beliau mula mengalami pertumbuhan yang tidak normal dan herotan muka, yang membawa kepada penampilannya yang "tidak menarik", bersama dengan sakit kepala yang teruk dan penglihatan yang semakin pudar. Selepas kematian suaminya pada tahun 1914, beliau tidak mempunyai pendapatan untuk menyara dirinya dan empat orang anaknya. Bevan memutuskan untuk memanfaatkan penampilannya dan menyertai pertandingan "Wanita Paling Hodoh", lalu memenanginya. [2]

Pada tahun 1920, beliau telah diupah oleh Sam Gumpertz untuk muncul dalam pertunjukan Dreamland di Coney Island, iaitu sebuah pertunjukan yang menampilkan orang-orang aneh. Beliau turut muncul dalam pertunjukan Ringling Brothers Circus sehingga kematiannya. [1] 

Bevan dikebumikan di Tanah Perkuburan Brockley dan Ladywell .

Legasi[sunting | sunting sumber]

Pada awal 2000-an, imej Bevan digunakan pada kad hari lahir di United Kingdom yang dibuat oleh Hallmark Cards . Kad itu merujuk kepada rancangan temu janji Blind Date . Aduan dibuat oleh doktor Belanda bahawa ia tidak menghormati seorang wanita yang telah menjadi cacat akibat penyakit. Hallmark bersetuju bahawa ia tidak sesuai dan terus menghentikan pengedaran kad itu. [4]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "National Fairground Archive - Extracts from World's Fair, 1931-1940". The University of Sheffield. 2007. Diarkibkan daripada yang asal pada May 18, 2015. Dicapai pada June 16, 2019. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "nfa" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  2. ^ a b Hartzman, Marc (2006). American Sideshow: An Encyclopedia of History's Most Wondrous and Curiously Strange Performers. Penguin. m/s. 121. ISBN 1-585-42530-3. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah, nama "hartzman" digunakan secara berulang dengan kandungan yang berbeza
  3. ^ American Philosophical Society. 6 August 1924. "Mary Bevan and her children". Accessed 22 August 2007.
  4. ^ Danzig, Jon. British Medical Journal. 4 November 2006. "Doctor protests at greeting card manufacturer making fun of woman with acromegaly".