Mazda RX-8

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Mazda RX-8
Mazda RX-8
Pengilang Mazda
Pengeluaran 2003–sekarang
Pemasangan Hiroshima, Jepun
Pendahulu Mazda RX-7
Mazda Cosmo
Kelas Kereta sport
Stail badan 2+2 coupé
Reka letak FMR
Enjin 1.3L Renesis pernafasan biasa
Penghantaran Automatik 4 atau 6 kelajuan dan manual 5 atau 6 kelajuan
Jarak roda 2703 mm
Panjang 4425 mm
Lebar 1770 mm
Tinggi 1340 mm
Berat Curb Manual: 1309–1373 kg (2888–3029 lb)
Auto: 1384 kg (3053 lb)
Muatan 60 L

Mazda RX-8 adalah kereta sport keluaran Mazda Motor Corporation. Ia mula ditampilkan pada tahun 2001 semasa Pertunjukan Kereta Antarabangsa Amerika Utara. Ia menggantikan kereta RX-7 dan, seperti pendahulunya di dalam barisan model RX, ia digerakkan oleh sebuah enjin Wankel. RX-8 mula dijual di Amerika Utara sebagai model kereta tahun 2004.

Reka bentuk[sunting | sunting sumber]

RX-8 direkabentuk menggunakan susun letak enjin FMR (enjin hadapan dimuatkan di tengah, pacuan roda belakang) serta jenis badan coupé 2+2 (2 tempat duduk hadapan, 2 tempat duduk belakang). Kereta ini mempunyai agihan berat menghampiri 50:50 yang diperolehi hasil pemasangan enjin di belakang gandar hadapan dan tangki minyak di hadapan gandar belakang. Berat dikurangkan dengan menggunakan bahan seperti aluminium (hud dan pintu belakang), serta aci pacuan komposit gentian karbon pada kereta transmisi manual; direka bagi mengurangkan jisim berputar (momen inersia) yang bersambung dengan enjin. Selebihnya diperbuat daripada keluli kecuali bampar plastik depan dan belakang.

Kereta ini menampilkan sepasang pintu "gaya bebas" dengan engsel di belakang untuk memudahkan penumpang memasuki tempat duduk belakang. Model RX-8 tiada tiang B di antara pintu depan dan belakang, sebaliknya garisan pintu-pintu tersebut bertindak sebagai "tiang maya" bagi mengekalkan ketegaran kereta. Oleh kerana reka bentuk bertindan, pintu belakang hanya boleh dibuka selepas pintu hadapan dibuka.

Generasi pertama (SE)[sunting | sunting sumber]

SE
Mazda RX-8 SE
Pengeluaran 2004–2008

Versi pertama RX-8 dikeluarkan antara tahun 2004 sehingga 2008, digerakkan oleh enjin rotari 13B-MSP Renesis bersesaran 1.3 liter (dua rotor 654cc) serta digandingkan dengan transmisi manual 6 kelajuan bagi menghasilkan kuasa kuda 237 bhp pada 8200rpm dan tork 211Nm (ECE) pada 5500 rpm.[1] Enjin Renesis Berbilang Rongga Tepi menghasilkan kecekapan bahan api serta pelepasan asap yang jauh lebih baik daripada enjin kereta RX-7.

RX-8 didapati dalam pelbagai model bagi memenuhi pelbagai pasaran di seluruh dunia. Model standard termasuklah:

  • "Kuasa Tinggi" manual 6 kelajuan dengan kuasa kuda antara 170 kW (231 hp) hingga 177 kW (237 hp) dan garisan merah 9,000 rpm. Model Jepun menghasilkan 184 kW (247hp)(250 PS).
  • "Kuasa Standard" manual 5 kelajuan ditala kepada 141 kW (192 hp) dengan garisan merah dikurangkan kepada 7,500 rpm.
  • Automatik 4 kelajuan ditala kepada 141 kW (189 hp) pada sesetengah pasaran, manakala model automatik AS menghasilkan kuasa kuda bersih 197 hp (SAE) (158 kW).
  • Automatik 6 kelajuan (didapati di pasaran AS bermula tahun 2006) menghasilkan 212 hp (170 kW) dan 159 ka-lb kilasan dengan garisan merah 7,500 rpm.[2]

2009 Mazda RX-8[sunting | sunting sumber]

Pengeluaran bermula 2009

Pindaan semula model Mazda RX-8 mula ditampilkan semasa Pameran Kereta Detroit 2008, dengan tahun pengeluaran bermula pada 2009. Perubahan bermakna telah diterangkan oleh Autoblog sebagai:

Pengukuhan kerangka tambahan meningkatkan ketegaran, bersama-sama palang topang trapezoid serta geometri sistem gantungan baru.

Sebagai tambahan, beberapa perubahan kosmetik kecil telah dilakukan terutamanya pada bahagian hadapan, fender, dan lampu belakang. Tiada perubahan keluaran kuasa enjin dilakukan, walaupun model transmisi manual bakal dikurangkan nisbah pacuan akhir kepada 4.777 daripada 4.444 pada model sebelumnya.[3]

Anugerah[sunting | sunting sumber]

Setakat Oktober 2006, model RX-8 telah memenangi sekurang-kurangnya 37 anugerah permotoran antarabangsa termasuklah Anugerah Enjin Bagi Tahun 2003, Anugerah Kereta Jepun Bagi Tahun 2003, Anugerah Kereta Bagi Tahun 2003 anjuran majalah Australia Wheels, Kereta Bagi Tahun 2004 Singapura, Kereta Sport A.S. Terbaik, serta beberapa Anugerah Kereta Terbaik UK. Ia telah dinamakan di dalam majalah Car and Driver sebagai Senarai 10 Kereta Terbaik bagi tahun 2004, 2005, dan 2006. Ia juga mendapat tempat pertama ujian perbandingan "Empat Sejenis" anjuran Car and Driver.[4] Ia juga memenangi Anugerah Ikon Emas 2006-2007 (disampaikan oleh Travolta Family Entertainment) bagi anugerah "Kereta Sport Terbaik".[5]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]