Melewati Kebaikan dan Kejahatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Rencana ini adalah mengenai buku Friedrich Nietzsche. Untuk kegunaan lain, sila lihat Melewati Kebaikan dan Kejahatan (nyahkekaburan)


NietzscheBGE.jpeg

Melewati Kebaikan dan Kejahatan: Pendahuluan kepada Falsafah Masa Depan (Jenseits von Gut und Böse) ialah sebuah karya falsafah abad ke-19 yang utama yang ditulis oleh Friedrich Nietzsche.

Diterbitkan buat pertama kali pada tahun 1886 oleh Nietzsche atas belanja sendiri, buku ini pada mula-mulanya telah dianggap tidak penting. Dalam buku ini, Nietzsche mengutuk apa yang dianggapnya sebagai kekosongan kesusilaan ahli-ahli fikir abad ke-19. Beliau membidas ahli-ahli falsafah atas apa yang dianggapnya sebagai kekurangan sikap kritis dan penerimaan dasar-dasar agama Kristian secara membabi buta dalam pertimbangan kesusilaan dan nilai-nilai.

Melewati Kebaikan dan Kejahatan memberi gambaran keseluruhan yang menyeluruh tentang falsafah matang Nietzche. Buku ini bertujuan sebahagiannya untuk memberi penjelasan yag lebih lanjut kepada karyanya yang dahulu, Juga Sprach Zarathustra (atau Itulah dikatakan oleh Zarathustra). Buku Nietzsche yang berikut, Mengenai Genealogi Kesusilaan, bertujuan untuk "melengkapi dan menjelaskan" Melewati Kebaikan dan Kejahatan dan oleh itu, harus dibaca dalam konteks ini.


Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: