Memandang Berat Terhadap Kanak-kanak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Memandang berat terhadap kanak-kanak (bahasa Inggeris: "Taking Children Seriously", atau "TCS"), merupakan falsafah pendidikan yang diasaskan oleh pendukung kebebasan Sarah Fitz-Claridge dan David Deutsch. Falsafah ini berdasarkan gagasan bahawa adalah mungkin dan eloknya untuk membesarkan dan mendidikkan kanak-kanak tanpa baik membuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendak mereka, mahupun memaksakan mereka membuat sesuatu yang bertentangan dengan kehendaknya.

Apa yang membezakan keibubapaan dan pendidikan TCS daripada falsafah yang lain adalah bahawa dalam keluarga TCS, ibu bapa dan kanak-kanak bekerjasama untuk mencari penyelesaian bagi sebarang masalah ataupun pertentangan mereka, berbanding ibu bapa yang memaksakan kehendak mereka terhadap anak-anaknya. Suatu penyelesaian yang benar, berkata Fitz-Claridge, adalah suatu keutamaan sama yang merupakan pilihan sebenar yang lebih disukai oleh semua pihak berbanding penyelesaian yang lain. Jika keutamaan yang sama tidak dapat dicari, kehendak kanak-kanak akan diutamakan untuk mengelakkan segala bentuk pemaksaan terhadap kanak-kanak itu.

Fitz-Claridge mengatakan bahawa falsafah ini telah diilhami oleh epistemologi Karl Popper. Menurut TCS, epistemologi Popper merupakan sebuah teori sejagat tentang bagaimana pengetahuan berkembang dan mempunyai implikasi yang mendalam bagi teori pendidikan. Bagaimanapun, menurut Fitz-Claridge, Popper tidak pernah sendiri membuat kaitan ini.

Fitz-Claridge menerbitkan jurnal dengan nama yang sama, serta memeliharakan senarai mel dan laman web.

Pautan[sunting | sunting sumber]