Pemburuan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Memburu)
Lompat ke: pandu arah, cari
Kegiatan memburu babi hutan, tacuinum sanitatis casanatensis (abad ke-14)

Pemburuan ialah amalan mengejar haiwan liar untuk tujuan mendapat makanan, bahan dagangan atau sekadar berekriasi. Pemburuan (pembunuhan, penjeratan atau penangkapan) haiwan liar yang melanggar undang-undang perlindungan haiwan dipanggil pencerobohan.

Pemburuan juga melibatkan penghapusan haiwan perosak untuk tujuan membasmi penyakit yang disebabkan oleh bilangan haiwan berkenaan yang terlalu banyak. Penyokong kegiatan memburu berhujah bahawa pemburuan boleh menjadi komponen yang perlu[1] dalam pengurusan hidupan liar moden, misalnya untuk membantu mengimbangi bilangan haiwan sihat dalam lingkungan keupayaan muatan ekologi sesebuah persekitaran apabila tiadanya sekat dan imbangan semulajadi seperti pemangsa.[2] Bagaimanapun, sebuah kajian yang dijalankan oleh Pusat Dinamik Penyakit Berjangkit Universiti Negeri Pennsylvania mendapati bahawa pengurangan bilangan haiwan buruan di kawasan kecil boleh meningkatkan ketumpatan bilangan sengkenit, maka meningkatkan lagi kes jangkitan penyakit bawaan sengkenit dalam tikus yang membawa kepada perebakan penyakit ensefalitis bawaan sengkenit.[3]

Penangkapan ikan untuk tujuan makanan atau rekreasi, pemerangkapan haiwan yang menceroboh atau mengejara haiwan tanpa niat untuk membunuh, seperti mengambil foto haiwan liar, tidak dikira sebagai memburu. Amalan "memburu" tumbuh-tumbuhan sewajarnya dipanggil mencari atau memungut.

Aspek-aspek kemahiran menjejaki lalu memperoleh sasaran yang sukar ditangkap ketika mengejar haiwan buruan menyebabkan istilah "buru" menjadi metafora (seperti "memburu harga murah").

Kaedah memburu[sunting | sunting sumber]

Ilustrasi kaum Pribumi Amerika Syarikat memburu bison (1855).

Terdapat berbagai-bagai jenis kaedah pemburuan yang berbeza, baik bersejarah, sara diri mahupun rekreasi, apatah lagi dipengaruhi oleh peraturan pemburuan moden yang menangani isu-isu seperti tempat, masa dan cara yang sesuai untuk memburu. Penggunaan teknik yang sesuai bergantung kepada peraturan kerajaan, etika peribadi pemburu, adat resam setempat, kelengkapan memburu dan haiwan buruan. Biasanya, seorang pemburu menggunakan lebih daripada satu teknik sekali. Undang-undang boleh melarang pemburu daripada menggunakan kaedah-kaedah tertentu yang digunakn oleh penceroboh dan pihak pengurusan hidupan liar.

  • Mengumpan ialah penggunaan umpan atau denak.
  • Battue melibatkan membelasah haiwan ke dalam zon pembunuhan
  • Menghalau haiwan dengan menggarah atau menggiringnya ke kedudukan yang dikehendaki
  • Memburu dari pondok sambil menunggu haiwan keluar dari kedudukan tersembunyi atau tinggi
  • Meniru bunyi haiwan untuk menarik perhatian buruan
  • Penyamaran ialah penyorokan diri secara visual atau penghasilan bau untuk berpadu dengan persekitaran
  • Anjing boleh digunakan untuk membantu menggarah, menggiring, menjejaki, menunjuk, mengejar atau mengutip mangsa
  • Menggiring haiwan ke arah tertentu, iaitu biasanya seorang lagi pemburu dalam kumpulan
  • Menggarah adalah menakutkan haiwan keluar dari kawasan persembunyian
  • Menjaring dengan menggunakan jaring untuk menangkap haiwan
  • Pemburuan ketabahan adalah berlari sambil menjejak untuk mengejar mangsa sampai letih.[4]
  • Meninjau iaitu pelbagai kerja dan teknik mencari haiwan buru
  • Menyoroti kawasan pemburuan dengan sumber cahaya buatan untuk mencari atau membutakan mangsa sebelum membunuh
  • Menghendap iaitu berjalan senyap-senyap sambil mencari haiwan
  • Menjejak iaitu mengenal pasti bukti fizikal ketika mencari haiwan
  • Memerangkap iaitu menggunakan alat perangkap (jerat, serling, jebak) untuk menangkap atau membunuh haiwan

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Williams, Ted. "Wanted: More Hunters," Audubon, Mac 2002, salinan diterima pada 2007-10-26.
  2. Harper, Craig A. "Quality Deer Management Guidelines for Implementation" (PDF). Agricultural Extension Service, The University of Tennessee. Diperoleh pada 2006-12-20. 
  3. Deer-free Areas May Be Haven For Ticks, Disease
  4. Nancy L. Struna, People of Prowess: Sport, Leisure, and Labor in Early Anglo-America(1996), ISBN 0-252-06552-2