Tulisan Jawi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Tulisan Jawi
Jenis Abjad
Bahasa Bahasa Melayu dan Bahasa Yawi
Tempoh masa ~sekitar 1300 masihi sehingga kini
Sistem tulisan Induk
Nota: Muka ini mungkin mengandungi simbol fonetik IPA.
Batu Bersurat Terengganu, tulisan tahun 1303M, merupakan artifak bertulisan Jawi yang tertua pernah dijumpai. Ia bercatatkan undang-undang setempat yang dipengaruh oleh Syariah, maka merupakan bukti terawal pengaruh Islam di Malaysia.

Tulisan Jawi (توليسن جاوي), juga dipanggil Yawi di Pattani. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, tulisan Jawi bermaksud tulisan yang menggunakan huruf Jawi.[1][2] Manakala huruf Jawi bermaksud huruf Arab dengan beberapa huruf tambahan yang digunakan untuk menulis dalam bahasa Melayu.[3][2]

Tulisan Jawi merupakan salah satu daripada dua sistem tulisan rasmi di Brunei, dan juga dijadikan sistem tulisan alternatif di Malaysia. Dari segi penggunaannya, tulisan Jawi dahulunya merupakan abjad piawai bahasa Melayu tetapi sudah diganti oleh abjad Rumi, maka penulisan Jawi hanya terhad kepada kegunaan keagamaan dan kebudayaan. Penulisan Jawi seharian dipelihara di kawasan-kawasan yang diduduki masyarakat Melayu yang lebih konservatif, misalnya Sulu di Filipina, Pattani di Thailand, Kelantan di Malaysia[4] dan beberapa kawasan petempatan Melayu di Indonesia.

Sejarah سجاره[sunting | sunting sumber]

Sejarah awal سجاره اول[sunting | sunting sumber]

Bukti bertulis mengenai Pengisytiharan Kemerdekaan Tanah Melayu yang ditulis dalam bahasa Melayu bertulisan Jawi.

Tulisan Jawi telah wujud sejak sekitar tahun 1300 M di Kepulauan Melayu. Perkembangannya berhubung kait dengan ketibaan Islam, khususnya daripada orang Parsi. Abjad Arab yang diperkenalkan ini diubah suai agar sesuai dengan bahasa Melayu klasik lisan. Tulisan Jawi ditulis dari kanan ke kiri, dan ditokok dengan 6 huruf yang tiada dalam bahasa Arab, iaitu ca pa, ga nga va dan nya. [5][6]

Tulisan Jawi berpunca daripada kesusasteraan Arab yang diperkenalkan oleh orang Parsi kepada Kerajaan Melayu Jambi yang terletak di utara Palembang, Sumatera, Indonesia, dan bertutur dalam bahasa Melayu klasik.[7][8][9] Barangkalinya, mereka yang memeluk agama Islam memilih untuk menulis dalam abjad Jawi kerana ia berhubungkait rapat dengan kebudayaan Islam, daripada menggunakan tulisan Jawa yang diterbitkan daripada sistem-sistem tulisan yang digunakan di kawasan-kawasan beragama Hindu atau Buddha di Asia Selatan. Nama "Jawi" membayangkan akar umbinya di Jawa, bak hujah sesetengah ilmuwan.[10] Bagaimanapun, oleh sebab tidak banyak ditemui meskipun memang pernah digunakan di Jawa, kemungkinan besar perkataan Jawi ini merupakan gelaran am bagi kawasan di bawah penguasaan atau pengaruh Jawa.[11] Selain itu, nama Jawi itu mungkin berpunca daripada kerajaan Javaka kuno yang merupakan pendahulu kerajaan-kerajaan Majapahit dan Srivijaya yang pernah menjalin hubungan dengan saudagar dan mubaligh Arab.[12]

Tinggalan tulisan Jawi purba yang terawal ditemui pada Batu Bersurat Terengganu yang bertarikh 1303 M (702 H) dan juga Syair Bidasari tulisan sekitar 1300–1399 M yang ditemui di Sumatera,[13] sementara penggunaan terawal abjad Rumi untuk bahasa Melayu datang dari akhir abad ke-19.

Kawasan Terengganu berada dalam lingkungan pengaruh Srivijaya selewat abad ke-13, sementara Kesultanan Terengganu hanya diasaskan seawal abad ke-18. Ini menguatkan hujah bahawa tulisan Jawi berasal dari Jambi[14] oleh kerajaan abdi Pasai di bawah Srivijaya.[11][14]

Penyebaran dan perkembangan tulisan Jawi ڤڽيبرن دان ڤركمبڠن توليسن جاوي[sunting | sunting sumber]

Tulisan Jawi berkembang pesat sejajar dengan penyebaran Islam, setelah bangsa Melayu mendapati bahawa tulisan Pallava yang digunakan mereka selama ini tidak sesuai sekali sebagai wahana penyebaran perihal agama baru ini. Orang Melayu memandang tinggi tulisan Jawi sebagai gerbang kepada pemahaman Islam dan kitab sucinya, al-Qur'an. Penggunaan tulisan Jawi merupakan faktor utama yang memangkin kebangkitan bahasa Melayu sebagai serantau di samping penyebaran agama Islam.[15] Tulisan Jawi digunakan secara meluas di negeri-negeri kesultanan Melaka, Johor, Brunei, Sulu, Patani, Ache dan Ternate seawal abad ke-15, untuk tujuan surat-menyurat diraja, titah-perintah, puisi dan juga kaedah perhubungan utama sesama saudagar di pelabuhan Melaka. Ikhtisar-ikhtisar perundangan purbakala seperti Hukum Kanun Melaka dan bahan-bahan terbitannya, termasuk Hukum-Hukum Kanun Johor, Kedah dan Brunei semuanya ditulis dalam Jawi. Bahasa Melayu dalam tulisan Jawi merupakan bahasa perantaraan seluruh lapisan masyarakat, baik para raja, bangsawan, ilmuwan agama mahupun orang keramaian, di samping menjadi lambang tradisi kebudayaan dan tamadun Melayu. Proses pengislaman rantau Melayu telah melariskan abjad Jawi sebagai sistem tulisan yang paling berkuasa.[16]

Sebagai contoh, surat-surat diraja ditulis, dihiasi dan disampaikan dengan penuh istiadat. Contoh-contoh surat diraja yang masih terpelihara ialah surat antara Sultan Abu Hayat dari Ternate dan Raja João III dari Portugal (1521); surat daripada Sultan Iskandar Muda dari Aceh kepada Raja James I dari England (1615); dan surat daripada Sultan Abdul Jalil IV dari Johor kepada Raja Louis XV dari Perancis (1719).[16] Kebanyakan karya sastera baik hikayat, puisi mahupun prosa bertulisan Jawi. Ia merupakan kemuncak tamadun Melayu klasik. Antara karya-karya epik bersejarah yang dikarang oleh orang Melayu dalam tulisan Jawi termasuk Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) yang tersenarai dalam Kenangan Dunia oleh UNESCO, dan puisi-puisi Sufi karya Hamzah Fansuri antara lainnya yang menyumbang kepada kekayaan dan kedalaman tamadun Melayu.

Sewaktu zaman penjajahan, tulisan Jawi masih menguasai Kepulauan Melayu, terutamanya dalam bidang sastera dan kesenian, teologi, falsafah dan mistik Islam, perdagangan, dan juga perundangan negeri. Tulisan Jawi merupakan abjad rasmi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu sewaktu zaman naungan British. Apatah lagi, Pemasyhuran Kemerdekaan 1957 bagi negara Malaysia antara lain juga tertulis dalam abjad Jawi.

Bagaimanapun, salah satu kelemahan utama amalan penulisan Jawi ialah ketidakseragaman sesama pengguna dari segi ejaan, yang mana menurut Pendeta Za'ba, "kebiasaan penulis-penulis yang ramai ... ada banyak tentangnya yang berlain-lain pada lain-lain orang",[17] apatah lagi terdapat ketidaksepakatan sesama kamus-kamus bahasa Melayu yang sedia pada zaman dahulu. Hal inilah yang mendorong beliau untuk menggubal satu sistem ejaan Jawi yang baru pada tahun 1938.[18]

Nasib tulisan Jawi نصيب توليسن جاوي[sunting | sunting sumber]

Semenjak tulisan Rumi semakin bertapak di dunia Melayu, tulisan Jawi kini dipelihara terutamanya untuk wacana keagamaan dan kebudayaan Melayu[19] di negeri-negeri Terengganu, Kelantan, Kedah, Perlis dan Johor di Malaysia, Patani di Thailand,[15] dan juga Sulu dan Marawi di Filipina. Pelbagai usaha dijalankan untuk menghidupkan kembali tulisan Jawi di Malaysia dan Brunei disebabkan peranannya yang penting dalam lingkungan budaya Melayu dan Islam, misalnya "Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan" sebagai ganti ejaan Za'ba yang diperkenalkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1986.[20] Tulisan Jawi juga kelihatan di muka belakang wang kertas Ringgit Malaysia dan dolar Brunei.

"Kita tidak perlu membuang atau meninggalkan tulisan Jawi walaupun Melayu amnya menggunakan tulisan Rumi. Ini adalah kerana tulisan Jawi adalah kepunyaan kita dan merupakan sebahagian daripada warisan kita."

— Perhatian penuh mengenai nasib tulisan Jawi oleh tokoh bahasa Melayu Pendeta Za'ba dalam mukadimah buku Panduan Membaca dan Menulis Jawi (1957) [21][22]

Mengimbau kembali akar-umbinya di zaman kerajaan Majapahit,[23] Indonesia kurang berminat dengan tulisan Jawi yang dipandang oleh masyarakat setempat sebagai "kampungan" dan tidak seanggun, seindah dan semasyhur tulisan Jawa.[24] Walau apapun, tulisan Jawi masih digunakan secara meluas di madrasah-madrasah tradisional di seluruh Jawa, tetapi dalam bentuk lainan yang bernama Pegon.

Seorang pakar tulisan Jawi berbangsa Korea, Prof Dr. Kang Kyoung Seok, daripada Pusan University of Foreign Studies, mula mengkaji tulisan Jawi sejak 1974 dan menganggapnya sebagai satu keunikan milik Malaysia. Menurutnya, tulisan Jawi sedang "tenat" dan jika keadaan itu berterusan, ia mungkin pupus satu hari nanti. Menurutnya, "Malaysia perlu mendidik generasi muda dalam tulisan Jawi. Sekarang terlalu ramai pakar saya kenali sudah bersara tanpa ada pengganti. Bila pakar sudah tiada, siapa akan menerajui usaha pemeliharaan tulisan jawi nanti?"[25]

Abjad ابجد[sunting | sunting sumber]

Berikut adalah jadual bagi huruf-huruf dalam tulisan Jawi.

Nama Bentuk huruf Padanan Rumi Keterangan Contoh
Tunggal Awal kata Tengah kata Akhir kata
alif     a 1. huruf pertama abjad Arab (mempunyai nilai satu);
2. huruf pertama abjad Jawi;[26]
Awal: ايه (ayah)

Tengah: سوءال (soal)
تامن (taman)

Hujung: تنترا (tentera)
مليسيا (Malaysia)
ba ـﺒ ـﺐ b 1. huruf kedua abjad Arab (mempunyai nilai dua);
2. huruf kedua abjad Jawi.[27]
A: باءيق (baik)

T: كوبو (kubu)
كمبيڠ (kambing)

H: ديبب (debab)
ta ـﺘ ـﺖ t 1. huruf ketiga abjad Arab (mempunyai nilai 400);
2. huruf ketiga abjad Jawi;[28]
A: تيݢ (tiga)

T: حاتي (hati)
جنتوڠ (jantung)

H: مات (mata)
هيبت (hebat)
sa ـﺜ ـﺚ s, (th) 1. huruf keempat abjad Arab (mempunyai nilai 500);
2. huruf keempat abjad Jawi.[29]
jim ـﺠ ـﺞ j 1. huruf kelima abjad Arab (mempunyai nilai tiga);
2. huruf kelima abjad Jawi.[30]
A: جيرن (jiran)

T: اوجي (uji)
ايجا (eja)

H: ساج (saja)
ca ـﭽ ـﭻ c huruf keenam abjad Jawi.[31] A: چينا (Cina)

T: كوچيڠ (kucing)
كونچي (kunci)

H: باچ (baca)
ha ـﺤ ـﺢ h, (ḥ) ha kecil[32] / ha pedas[33]
1. huruf keenam abjad Arab (mempunyai nilai lapan);
2. huruf ketujuh abjad Jawi.[34]
kha ـﺨ ـﺦ kh (khO) 1. huruf ketujuh abjad Arab (mempunyai nilai 600);
2. huruf kelapan abjad Jawi.[35]
dal د     ـد d 1. huruf kelapan abjad Arab (mempunyai nilai empat);
2. huruf kesembilan abjad Jawi.[36]
A: دورين (durian)

T: اودڠ (udang)
همڤدو (hempedu)

H: سورود (surud)
zal     ـذ z, (dh) 1. huruf kesembilan abjad Arab (mempunyai nilai 700);
2. huruf ke-10 abjad Jawi.[37]
A:

T: بيذا (beza)

H:
ra     ـر r (rO) 1. huruf ke-10 abjad Arab (mempunyai nilai 200);
2. huruf ke-11 abjad Jawi.[38]
A: رمبوتن (rambutan)

T: اوروت (urut)
كرباو (kerbau)

H: ايكور (ekor)
چامر (camar)
zai     ـز z 1. huruf ke-11 abjad Arab (mempunyai nilai tujuh);
2. huruf ke-12 abjad Jawi.[39]
A: زاڤين (zapin)

T:

H:
sin ـﺴ ـﺲ s 1. huruf ke-12 abjad Arab (mempunyai nilai 60);
2. huruf ke-13 abjad Jawi.[40]
A: سوڠاي (sungai)

T: كاسوت (kasut)
بيسيڠ (bising)

H: ڬاجوس (gajus)
كوبيس (kubis)
syin ـﺸ ـﺶ sy 1. huruf ke-13 abjad Arab (mempunyai nilai 300);
2. huruf ke-14 abjad Jawi.[41]
sad ـﺼ ـﺺ s, (ṣ) (sOd) 1. huruf ke-14 abjad Arab (mem-punyai nilai 90);
2. huruf ke-15 abjad Jawi.[42]
dad ﺿ ـﻀ ـﺾ d, (ḍ) (dOd) 1. huruf ke-15 abjad Arab (mem­punyai nilai 800);
2. huruf ke-16 abjad Jawi.[43]
ta ـﻄ ـﻂ t, (ṭ) (tO) 1. huruf ke-16 abjad Arab (mempunyai nilai sembilan);
2. huruf ke-17 abjad Jawi.[44]
za ـﻈ ـﻆ z, (ẓ) (zO) 1. huruf ke-17 abjad Arab (mempunyai nilai 900);
2. huruf ke-18 abjad Jawi.[45]
ain ـﻌـ ـﻊ awal: a, i, u;
akhir: k, (‘)
1. huruf ke-18 abjad Arab (mempunyai nilai 70);
2. huruf ke-19 abjad Jawi.[46]
ghain ـﻐـ ـﻎ gh 1. huruf ke-19 abjad Arab (mempunyai nilai 1000);
2. huruf ke-20 abjad Jawi.[47]
nga ڠ ڠـ ـڠـ ـڠ ng huruf ke-21 abjad Jawi (mempunyai nilai 4000).[48] A: ڠاڠا (nganga)

T: چوڠكق (congkak)
جيڠݢ (jingga)

H: كامڤوڠ (kampung)
ڬربڠ (gerbang)
fa ـﻔ ـﻒ f 1. huruf ke-20 abjad Arab (mempunyai nilai 80);
2. huruf ke-22 abjad Jawi.[49]
pa ـﭭ ـﭫ p huruf ke-23 abjad Jawi (mempunyai nilai 5000).[50] A: ڤادي (padi)

T: چوڤق (cupak)
تيمڤي (tempe)

H: كلاڤ (kelapa)
كاريڤڤ (karipap)
qaf ـﻘ ـﻖ k, q, (q) 1. huruf ke-21 abjad Arab (mempunyai nilai 100);
2. huruf ke-24 abjad Jawi.[51]
A:

T:

H: اموق (amuk)
اوتق (otak)
kaf ک ـﻜ ـک k 1. huruf ke-22 abjad Arab (mempunyai nilai 20);
2. huruf ke-25 abjad Jawi.[52]
A: كريس (keris)

T: تكرو (takraw)
ڤاكو (paku)

H: ملاک (Melaka)
كتيک (ketika)
ga ݢ ݢـ ـݢـ ـݢ g huruf ke-26 abjad Jawi (mempunyai nilai 6000).[53] A: ݢولي (guli)

T: ڤوڠݢوق (pungguk)
ڤيڠݢڠ (pinggang)

H: راݢ (raga)
مڠݢ (mangga)
lam ـﻠ ـﻞ l 1. huruf ke-23 abjad Arab (mempunyai nilai 30);
2. huruf ke-27 abjad Jawi.[54]
A: لمبو (lembu)

T: مولوت (mulut)
سلومبر (selumbar)

H: سيمڤول (simpul)
سمبل (sambal)
mim ـﻤ ـﻢ m 1. huruf ke-24 abjad Arab (mempunyai nilai 40);
2. huruf ke-28 abjad Jawi.[55]
A: مانيس (manis)

T: رامبوت (rambut)
هريماو (harimau)

H: جاروم (jarum)
نيلم (nilam)
nun ـﻨ n 1. huruf ke-25 abjad Arab (mempunyai nilai 50);
2. huruf ke-29 abjad Jawi.[56]
A: ناسي (nasi)

T: ڤانس (panas)
ڤينتر (pintar)

H: ڤنتون (pantun)
ڬوستن (gostan)
wau     ـو w, u, o 1. huruf ke-26 abjad Arab (mempunyai nilai enam);
2. huruf ke-30 abjad Jawi;[57]
A: ورنا (warna)

T: دوا (dua)
بودي (budi)

H: مادو (madu)
ساتو (satu)
va ۏ     ـۏ v huruf ke-31 abjad Jawi.[58] A: ۏودو (voodoo)

T: لاۏا (lava)
اونيۏرسيتي (universiti)

H:
ha ـﻬ h ha besar[59] / ha simpul[60]
1. huruf ke-27 abjad Arab (mempunyai nilai lima);
2. huruf ke-32 abjad Jawi.[61]
A: هاروم (harum)

T: سوهو (suhu)
مهكوتا (mahkota)

H: تابوه (tabuh)
ڤوتيه (putih)
hamzah ء     ء awal: gugur;
akhir: k, (’)
1. huruf ke-28 abjad Arab;
2. huruf ke-33 abjad Jawi.[62]
A:

T: لاءوت (laut)

H: داتوء (dato')
ya ـﻴـ y, i, e taling 1. huruf ke-29 abjad Arab (mempunyai nilai 10);
2. huruf ke-34 abjad Jawi.[63]
A: يايسن (yayasan)

T: ايكن (ikan)
باتيق (batik)

H: ساي (saya)
بلي (beli)
ye ى     ـى e pepet hujung huruf ke-35 abjad Jawi.[64] A:

T:

H: كرونيسمى (kronisme)
nya ڽ پـ ـپـ ـڽ ny huruf ke-36 (terakhir) abjad Jawi (mempunyai nilai 7000).[65] A: ڽاوا (nyawa)

T: سوڽي (sunyi)
كڽالڠ (kenyalang)

H: هاڽ (hanya)
ڤوڽا (punya)
ta marbutah ة     ـة t, h, (ṯ) huruf ta di akhir kata tulisan Arab (Jawi) yang boleh menjadi ha besar atau ta.[66]
lam-alif لا         huruf lam yang disatukan dengan huruf alif dalam tulisan Jawi (Arab);[67] A: لاڠيت (langit)

T: ڤولاو (pulau)
ملايو (Melayu)

H: بولا (bola)
بيلا (bila)

Catatan:

  1. Latar belakang berwarna merah jambu menunjukkan huruf yang unik dalam tulisan Jawi dan tiada dalam tulisan Arab.
  2. Huruf di dalam kurungan ialah padanan untuk transliterasi.
  3. Huruf ۏ diperkenalkan pada tahun 1983 untuk mewakili huruf v.
  4. Huruf ء imbuhan, iaitu hamzah yang berada 3/4 dari garis asas diperkenalkan pada tahun 1983. Ia digunakan pada perkataan berimbuhan seperti كبڠسا ٴن . Namun, tiada fon dewasa ini yang mempunyai kemampuan untuk memaparkan huruf ء pada kedudukan yang betul. Kebanyakan pengguna menggunakan kaedah superskrip untuk mengubah kedudukan ء .

Menulis Jawi di komputer منوليس جاوي دكومڤوتر[sunting | sunting sumber]

Untuk menulis jawi di komputer, pengguna perlukan empat komponen;

  • sistem komputer yang menyokong UNICODE
  • fon yang mempunyai huruf-huruf jawi
  • papan kekunci yang membolehkan pengguna memasukkan huruf-huruf jawi
  • perisian yang menyokong tulisan kanan-ke-kiri

Anda tidak perlukan sebarang perisian istimewa atau yang mahal untuk menulis jawi.

Sistem komputer سيستم كومڤوتر[sunting | sunting sumber]

Sistem pengoperasian Vista/XP menyokong UNICODE, dan ini membolehkan pengguna menulis jawi dengan mudah. Dalam penulisan jawi di Vista/XP, ia memerlukan enjin paparan yang akan memaparkan tulisan jawi secara betul. Pada XP, enjin ini adalah c:\windows\system32\usp10.dll. Versi yang digunakan adalah versi 1.40. Versi ini menyokong penulisan kanan-ke-kiri tetapi tidak dapat memaparkan semua huruf jawi dengan betul. Contohnya, pengguna tidak boleh memaparkan huruf 'gaf' atau 'kaf' dengan betul.

Pada Vista, enjin usp10.dll adalah versi 1.61, dan enjin ini menyokong semua huruf jawi dengan betul. Anda boleh menukar usp10.dll' anda kepada versi yang terkini.

Untuk sistem pengoperasian Windows 7, anda boleh menulis Jawi tanpa sebarang masalah. Sistem ini mempunyai banyak fon yang mempunyai huruf Jawi seperti Times New Roman, dan Arabic Typesetting.

Perisian Linux juga menyokong UNICODE dan dengan itu menyokong penggunaan jawi. Dua jenis fon percuma yang dapat digunakan ialah Scheherazade dan Lateef[68] yang dihasilkan Summer Institute of Linguistics, Inc (SIL).[69] Kedua-dua fon menyokong jawi sepenuhnya.

Papan kekunci Jawi ڤاڤن ككونچي جاوي[sunting | sunting sumber]

Kini, SIRIM telah menyiapkan satu piawai untuk susunatur papan kekunci untuk Jawi. Papan kekunci cadangan ini adalah diasaskan pada papan kekunci Arab (Saudi Arabia). Papan kekunci ini menambahkan 8 huruf untuk menulis Jawi. Huruf-huruf ini diletakkan pada kedudukan huruf Arab yang tidak digunakan dalam Jawi seperti tanda kasrah, damma dan fatthah.

Untuk Windows 7, susunatur papan kekunci jawi boleh diperolehi di sini. satu susunatur papan kekunci jawi. Anda boleh mereka-cipta papan kekunci dengan mudah dengan menggunakan perisian MSKLC. Umpamanya, anda boleh menggunakan kaedah ponetik, umpamanya huruf a dipadankan dengan ا, huruf b dengan ب dan sebagainya.

Perisian ڤريسين[sunting | sunting sumber]

Kebanyakan perisian dewasa ini menyokong UNICODE dan tulisan kanan-ke-kiri. Contohnya, OpenOffice (percuma dan berdasarkan sumber terbuka), Microsoft Office, notepad.exe and wordpad.exe. Anda tidak perlukan sebarang perisian mahal untuk menulis jawi.

Contoh چونتوه[sunting | sunting sumber]

Nama-nama hari dalam tulisan Jawi نام٢ هاري دالم توليسن جاوي[sunting | sunting sumber]

Isnin اثنين
Selasa ثلاث
Rabu رابو
Khamis خميس
Jumaat جمعة
Sabtu سبتو
Ahad احد

Galeri ڬالري[sunting | sunting sumber]

Bacaan lanjut باچاءن لنجوت[sunting | sunting sumber]

Sejarah سجاره[sunting | sunting sumber]

  • H.S. Paterson (& C.O. Blagden), 'An early Malay Inscription from 14th-century Trengganu', Journ. Mal. Br.R.A.S., II, 1924, pp. 258-263.
  • R.O. Winstedt, A History of Malaya, revised ed. 1962, p. 40.
  • J.G. de Casparis, Indonesian Paleography, 1975, p. 70-71.

Kaedah قاعده[sunting | sunting sumber]

Rujukan روجوعن[sunting | sunting sumber]

  1. "tulisan Jawi - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=tulisan+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 16 Disember 2013. 
  2. 2.0 2.1 "Jawi II - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=Jawi+II+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 16 Disember 2013. 
  3. "huruf Jawi - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 16 Disember 2013. 
  4. Andrew Alexander Simpson. Language and National Identity in Asia. Oxford University Press. m/s. 356–60. ISBN 0199267480. 
  5. John U. Wolff,Indonesian Readings Edition: 3, SEAP Publications: 1988: ISBN 0-87727-517-3:480 pages
  6. Robert Leon Cooper Language spread: studies in diffusion and social change, Center for Applied Linguistics, Indiana University Press,: 1982 p. 40 ISBN 0-253-32000-3: 360 pages
  7. John U. Wolff, Indonesian Readings Edition: 3, SEAP Publications: 1988: ISBN 0-87727-517-3:480 pages: pp343
  8. Kratz, E. U. Southeast Asian Languages and Literatures: A Bibliographical Guide to Burmese, Cambodian, Indonesian, Javanese, Malay, Minangkabau, Thai and Vietnamese. London, New York: Tauris Academic Studies, 1996.
  9. R. B. Cribb, Audrey Kahin,Historical dictionary of Indonesia, Scarecrow Press: 2004: ISBN 0-8108-4935-6 583 pagespp 459
  10. Hans H. Wellisch The conversion of scripts, its nature, history, and utilization: Wiley: 1978 ISBN 0-471-01620-9: 509 pages" pp95-96
  11. 11.0 11.1 Ann Kumar, John H. McGlynn, Mastini Hardjoprakoso, Perpustakaan Nasional (Indonesia), Illuminations: the writing traditions of Indonesia : featuring manuscripts from the National Library of Indonesia: Weatherhill: 1996 ISBN 0-8348-0349-6: 297 pages
  12. Notes on the ancient history of Southeast Asia, Kuwata Rokuro, Memoirs of the Faculty of Literature, Osaka University, ISSN 04721373
  13. Hoevell, WR van, Sjair Bidasari: Een Oorspokelijk Malesich Gedicht, Verhandilengen van het Koninklijk Bataviaasch Genootschap van Kunsten en Wetnschappen, 1843
  14. 14.0 14.1 Bagian Kesenian Bara Ai Ksusasteraan IndonesiaL Catatan-Catatan Tentang Amir Hamza:Bagain Kesenian Kemeterian Pendidak dan Kubudayaan, Yogyakarta: 1955
  15. 15.0 15.1 An overview of Jawi's origin in Brunei, Brunei Times article dated July 16, 2007
  16. 16.0 16.1 The Legacy of Malay Letter, Annabel Teh Gallop, The British Library dan Arkib Negara Malaysia, ISBN 0-7125-0376-6
  17. Za'ba, Daftar Ejaan Melayu, Tanjung Malim: Pejabat Karang Mengarang Sultan Idris Training College, 1949, ms. 11.
  18. كونوينشن توليسن جاوي > Peranan Za'ba Dalam Mengasaskan Teknik Tulisan Jawi>6. Sistem Ejaan Jawi Za'ba[pautan putus], Koleksi Digital. Dicapai pada 7 Feb 2012.
  19. AKSARA-The Passage of Malay Scripts. Exhibitions.nlb.gov.sg. Retrieved on 2010-10-26.
  20. Ismail bin Dahaman, Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan, Dewan Bahasa & Pustaka, 1986. Diterima pada 7 Februari 2012.
  21. AKSARA-The Passage of Malay Scripts. Exhibitions.nlb.gov.sg. Retrieved on 2010-10-26.
  22. Bakti pendeta Za'ba. Cyberita, 19 September 2011. Dicapai pada 7 Februari 2012.
  23. Rediscovering the royal capital of Majapahit, Gomperts, Amrit. , The Newsletter No.53 Spring 2010
  24. Bagian Kesenian Bara Ai Kesusasteraan Indonesia Catatan-Catatan Tentang Amir Hamza:Bagian Kesenian Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan, Yogyakarta: 1955
  25. UtusanOnline - Pensyarah Korea bimbang tulisan Jawi semakin dilupakan
  26. "alif I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+alif+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  27. "ba I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+ba+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  28. "ta - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+ta+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  29. "sa I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+sa+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  30. "jim - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+jim+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  31. "ca - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+ca+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  32. "ha kecil - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+ha+kecil+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  33. "ha pedas - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+ha+pedas+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  34. "ha - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+ha+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  35. "kha - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+kha+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  36. "dal I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+dal+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  37. "zal - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+zal+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  38. "ra - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+ra+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  39. "zai - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+zai+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  40. "sin - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+sin+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  41. "syin - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+syin+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  42. "sad - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+sad+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  43. "dad - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+dad+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  44. "ta (tO) - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+ta+(tO)+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  45. "za - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+za+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  46. "ain I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+ain+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  47. "ghain - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+ghain+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  48. "nga - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+nga+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  49. "fa - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+fa+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  50. "pa - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+pa+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  51. "qaf - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+qaf+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  52. "kaf - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+kaf+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  53. "ga - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+ga+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  54. "lam - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+lam+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  55. "mim - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+mim+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  56. "nun III - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+nun+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  57. "wau II - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+wau+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  58. "va - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+va+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  59. "ha besar - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+ha+besar+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  60. "ha simpul - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+ha+simpul+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  61. "ha I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+ha+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  62. "hamzah - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+hamzah+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  63. "ya I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+ya+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  64. "ye - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+ye+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  65. "nya I - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+nya+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  66. "ta marbutah - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+ta+marbutah+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  67. "lam-alif - Pusat Rujukan Persuratan Melayu @ DBP". Kamus Dewan Edisi Keempat. Dewan Bahasa dan Pustaka. http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=huruf+lam+alif+jawi+kamus+dewan+edisi+keempat. Capaian 20 November 2012. 
  68. [1] Kertas penulisan pencipta Jawiware
  69. SIL ialah sebuah organisasi mubaligh Kristian Laman SIL[pautan putus]

Lihat juga ليهت جوݢ[sunting | sunting sumber]

Pautan luar ڤاءوتن لوار[sunting | sunting sumber]