Mengenlehreuhr

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
The Mengenlehreuhr memaparkan waktu 10.31 pagi

Mengenlehreuhr ("Jam Teori Set") atau Berlin-Uhr ("Jam Berlin") ialah jam awam terulung di dunia yang memaparkan waktu secara corak cahaya berwarna-warni, dan oleh yang demikian disertakan dalam Guinness Book of Records sebaik sahaja dipasang pada 17 Jun 1975. Mengenlehreuhr bersaiz penuh asli direka cipta oleh Dieter Binninger atas penugasan Senat Berlin, mula-mula dipasang di Kurfürstendamm di sudut jalan Uhlandstraße. Setelah dilupuskan oleh Senat pada tahun 1995, jam ini dipasang semula di tempatnya sekarang di Budapester Straße di hadapan wisma Europa-Center.

Pembacaan[sunting | sunting sumber]

Animated time sequence from 16:50–17:05 (time lapse).

Mengenlehreuhr yang diwar-warkan memaparkan masa dengan cara tersendiri berdasarkan "prinsip teori set" ini terdiri daripada susunan 24 lampu yang terbahagi kepada sebiji lampu bulat kuning berkelip-kelip sebagai penunjuk saat, dua baris atas sebagai penunjuk jam dan dua baris bawah sebagai penunjuk minit.

Jam ini dibaca dari baris atas sampai bawah. Baris teratas terdiri daripada empat lampu segiempat merah yang masing-masing menandakan lima jam penuh, diikuti baris kedua yang juga empat lampu segiempat merah yang masing-masing menandakan satu jam penuh, bersama-sama memaparkan nilai jam dalam format 24 jam. Baris ketiga terdiri daripada sebelas lampu kuning merah yang masing-masing menandakan lima minit penuh (yang merah juga menandakan berlalunya 15, 30 dan 45 minit dalam sejam), disusuli pula baris terbawah yang terdiri daripada empat lampu segiempat merah yang masing-masing menandakan satu minit penuh. Lampu bulat kuning di atas berkelip-kelip untuk menandakan saat berbilangan genap (apabila bernyala) atau ganjil (apabila malap).

Dijadikan gambar jam ini di atas rencana ini sebagai contoh, baris teratas ternyala dua biji lampu (lima jam darab dua, iaitu sepuluh jam), tetapi baris kedua tidak bernyala langsung, maka nilai jamnya adalah 10. Baris ketiga ternyala enam biji lampu (lima minit darab enam, iaitu tiga puluh minit), sementara baris terbawah hanya ternyala sebiji lampu. Oleh itu, gabungan nyalaan lampu-lampu tersebut memaparkan waktu 10.31 pagi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]