Mercu Tanda Sejarah Kebangsaan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Mercu Tanda Sejarah Kebangsaan (Inggeris: National Historic Landmark; kependekannya: NHL) boleh merujuk kepada objek, struktur, tapak atau bangunan yang diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan Amerika Syarikat untuk kepentingan bersejarah di peringkat kebangsaan. Daripada 85,000 tempat yang disenaraikan dalam Daftar Tempat Bersejarah Kebangsaan (NRHP), hanya 2,500 adalah NHL.

Kriteria[sunting | sunting sumber]

NHL ditetapkan oleh Setiausaha Dalam Negeri Amerika Syarikat berdasarkan kepada kriteria berikut:

  • Tapak dimana peristiwa bersejarah penting negara berlaku;
  • Tempat dimana tokoh-tokoh penting menetap atau bekerja;
  • Ikon unggul yang membentuk negara;
  • Contoh reka bentuk atau pembinaan yang cemerlang;
  • Tempat yang mencirikan satu cara hidup; atau
  • Tapak arkeologi yang mampu memberikan maklumat.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Klik pada gambar untuk melihat dengan lebih jelas

Pautan luar[sunting | sunting sumber]


Ciptakan templat Tunas-Amerika Syarikat
 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.