Michael Veerapen

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Michael Veerapen
Kelahiran1957 (umur 66–67)
Persekutuan Tanah Melayu (kini Malaysia)
Pekerjaanpemuzik, komposer, pengarah muzik, penerbit rakaman
Instrumenpiano, keyboard
Tahun aktif1980–kini

Michael Veerapen merupakan seorang pianis, penerbit rakaman dan pengarah muzik Malaysia. Beliau paling terkenal sebagai pengarah muzik untuk Penghibur No. 1 Asia, Sudirman Haji Arshad di mana beliau berkhidmat sebagai penyusun muzik untuk lagu "One Thousand Million Smiles".[1] Beliau juga pernah berkhidmat sebagai pengarah muzik di pementasan teater Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal (2011) dan Supermokh Sebuah Muzikal (2013).[2]

Pada tahun 2017, Veerapen mengikuti ijazah sarjana dalam bidang muzik di Universiti Sains Malaysia di bawah seliaan Dr Johan Othman.[3] Anak beliau, Daniel Veerapen turut bergiat aktif dalam bidang muzik.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Ramlan Md. Isa. "Sudirman At the Royal Albert Hall, London (March 19, 1989)". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-04-23. Dicapai pada 4 Februari 2013.
  2. ^ Musical celebrating football legend’s life opening in November Diarkibkan 2019-02-24 di Wayback Machine Star2.com (11 Oktober 2013). Diperoleh pada 10 Oktober 2013.
  3. ^ Grace Chen (28 Februari 2017). Jazz pianist Michael Veerapen returns to school The Star Online. Dicapai pada 2 Mac 2017.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]