Microsoft Word

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Microsoft Word (Windows)
OfficeWord.png
Officeword2007.png
Microsoft Office Word 2007 dalam Windows Vista
Pembangun Microsoft
Keluaran stabil 12.0.4518.1014 / November 6, 2006
Sistem pengendalian Microsoft Windows
Jenis Pemproses kata
Lesen Milikan EULA
Tapak web Laman Rumah Word - Microsoft Office dalam talian

Microsoft Office Word ialah perisian pemproses kata utama Microsoft yang julung kalinya dikeluarkan pada tahun 1983 dengan nama Multi-Tool Word bagi sistem Xenix.[1] Versi-versi lain turut dikembangkan untuk beberapa platform lain seperti komputer peribadi IBM yang mengendali DOS (1983), Apple Macintosh (1984), SCO UNIX, OS/2 dan Microsoft Windows (1989). Microsoft Word ialah satu komponen dalam sistem Microsoft Office; namun, perisian ini juga dijual sebagai produk bersendirian atau dimuatkan dalam Microsoft Works. Mulai versi 2003, penjenamaanya diubah suai untuk mengetengahkan identiti Word sebagai satu komponen dalam bungkusan Office: Microsoft mula memanggilnya Microsoft Office Word dan bukannya Microsoft Word lagi. Kedua-dua nama tersebut digunakan dengan sama-rata. Keluaran versi terbarunya ialah Word 2007.

Fail-fail dokumen Microsoft Word boleh dikenali dengan mudah melalui sambungan *.doc di belakang nama fail, tetapi Microsoft Office Word 2007 mula memperkenalkan format baru dokumen Word berasaskan XML dengan sambungan *docx di belakang nama fail, di samping sokongan format lama dokumen Word.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]