Min aritmetik
Dalam bidang statistik, min aritmetik ialah satu kaedah untuk menghitung kecenderungan memusat bagi suatu ruang sampel. Istilah "min aritmetik" lebih diutamakan daripada sekadar "min" atau "purata" dalam bidang matematik kerana boleh dibezakan dengan purata-purata jenis lain seperti min geometri dan min harmoni.
Min aritmetik boleh dihitung dengan mencampurkan semua unsur dalam ruang sampel yang berkenaan dan membahagikan hasil tambah itu dengan bilangan unsur yang terdapat dalam ruang sampel tersebut.
Takrif [sunting]
Min bagi data tak terkumpul [sunting]
Min bagi set data yang mengandungi sebanyak
unsur
ditakrifkan oleh persamaan
atau
Min bagi data terkumpul [sunting]
Bila min bagi data terkumpul dicari, setiap kelas data diwakili oleh nilai yang dinamakan penanda kelas.
Penanda kelas bagi suatu kelas ialah titik tengah bagi kelas itu, iaitu
Min bagi suatu set data terkumpul,
, ditakrifkan sebagai
di mana
ialah kekerapan bagi kelas yang berkenaan, dan
ialah penanda kelas.



