Miss Kapten Cikgu Waiz

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Miss Kapten Cikgu Waiz
GenreDrama, cinta
Ditulis olehMufid Suhaimi
Nextscene Team
PengarahYeop Hitler
Dibintangi oleh
Erwin Dawson
Neera Azizi
Amir Nafis
Daniella Sya
Lagu pembukaan"Senyuman Manismu" oleh Tomok
Lagu penutup"Senyuman Manismu" oleh Tomok
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod13
Penerbitan
Penerbit eksekutifSyawal Aiman
PenerbitJalena Rejab
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
Country & Universal Sdn. Bhd.
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal21 Julai 2017 – 19 September 2017
Kronologi
MengikutiMak Cun 3
Diikuti olehRaisha

Miss Kapten Cikgu Waiz ialah sebuah siri drama televisyen Malaysia 2017 arahan Yeop Hitler lakonan Erwin Dawson dan Neera Azizi. Siri ini bersiaran di Slot Lestary TV3 dari 21 Julai 2017 hingga 19 September 2017 menggantikan Mak Cun 3.[1]

Sinopsis[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan seorang juruterbang, Khalisha (Neera Azizi) yang tidak berkenan untuk bercinta kerana trauma dengan tindakan ayahnya, Pak Megat yang telah berkahwin baharu dengan seorang wanita yang bernama Sofea Gebu. Khalisha telah dikurniakan dengan paras rupa yang sangat cantik dan bakat memandu kapal terbang secara semula jadi, menjadi kegilaan ramai juru terbang di lapangan terbang tempat Khalisha berkerja. Namun, Khalisha tidak pernah memberi perhatian kepada mereka kerana tidak percaya pada cinta.

Khalisha juga membantu ibunya, Mak Eton untuk menyara adiknya, Kamarul yang bakal menduduki peperiksaan SPM tahun ini. Rezeki sentiasa memihak kepada keluarga Khalisha kerana Kamarul juga mewarisi kepintaran kakaknya dimana Kamarul merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya. Walau bagaimanapun, Kamarul sentiasa tidur di sekolah kerana tertekan dengan keadaan ibunya yang sering bersedih ditinggalkan Pak Megat.

Di sekolah Kamarul, Cikgu Waiz (Erwin Dawson) seorang guru yang tampan dan berwawasan sering menjadi kegilaan guru-guru wanita di sekolah itu. Cikgu Waiz merupakan guru dan abang kepada rakan karib Kamarul, Wahida. Takdir menemukan Cikgu Waiz dengan Khalisha ketika Cikgu Waiz baru pulang daripada berkursus di mana mereka bertembung di lapangan terbang dan secara tidak sengaja, Cikgu Waiz menumpahkan secawan kopi di baju uniform Khalisha. Perkenalan mereka dilanjutkan di sekolah setelah Wahida mengetahui Khalisha adalah kakak kepada rakan karibnya, Kamarul, lalu Wahida ingin menjodohkan Cikgu Waiz dengan Khalisha.

Namun, kerana paras rupa Khalisha dan Waiz yang begitu menawan, mereka sudahpun mempunyai peminat mereka yang tersendiri dan tidak akan berhenti sehingga Khalisha dan Waiz menjadi milik mereka. Di lapangan terbang, Khalisha sentiasa diperhatikan oleh Kapten Ghaz, manakala di sekolah, Cikgu Waiz sedang digila-gilakan oleh Melati. Selain itu, hati Cikgu Waiz juga sering diburu oleh rakan seperjuangannya ketika di universiti, Julia.

Dapatkah Khalisha bersatu jodoh dengan Cikgu Waiz? Dapatkah keluarga Khalisha mencapai keharmonian mereka semula?

Pelakon[sunting | sunting sumber]

Pelakon utama[sunting | sunting sumber]

Pelakon pembantu[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

: Lestary, Rabu - Jummat 9:00 Malam
Sebelumnya Miss Kapten Cikgu Waiz Berikutnya
Mak Cun 3 Raisha