Monitor berganda

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Monitor berganda, multi-monitor, atau paparan berganda merujuk kepada penggunaan lebih daripada satu peranti paparan seperti monitor, televisyen dan projektor video bertujuan untuk menambah ruang sedia ada supaya lebih besar untuk aturcara-aturcara komputer yang berjalan pada satu sistem komputer tunggal.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Sistem peningkapan masa kini, misalnya X Window System (digunakan oleh GNU/Linux) dan yang digunakan oleh Microsoft Windows serta Mac OS, semuanya menyokong penggunaan lebih daripada satu monitor pada masa yang sama. Sokongan monitor berganda dahulunya memerlukan pemacu video proprietari khas serta sokongan daripada sistem peningkapan dan pengurus tetingkap. Sokongan tatarajah monitor berganda dijadikan ciri piawai bagi Microsoft Windows dalam Windows 98, dan telah pun menjadi ciri piawai bagi Mac OS Apple sejak Macintosh II berwarna yang pertama diperkenalkan pada tahun 1987.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Multi Monitor Computing oleh Nike Mikes dan Dan Dunn, 9X Media, Inc.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]