Morhabshi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Commiphora myrrha
Morhabshi / Commiphora myrrha
Pengelasan saintifik
Alam: Plantae
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Sapindales
Famili: Burseraceae
Genus: Commiphora
Spesies: C. myrrha
Nama binomial
Commiphora myrrha
Arn., 1964
Sinonim

Commiphora momol

100 g Morhabshi (Myrrh)

Morhabshi (juga dieja Morhabsyi) atau Morha atau Maruha, bahasa Inggeris Myrrh adalah bahan resin merah keperangan, getah kering pokok Commiphora myrrha, tempatan di Somalia dan bahagian timur Ethiopia. Getah beberapa spesies Commiphora dan Balsamodendron lain turut dikenali sebagai Morhabshi (myrrh), termasuk dari C. erythraea (kadang kala dikenali sebagai Morhabshi India Timur (East Indian myrrh)), C. opobalsamum dan Balsamodendron kua. Namanya memasuki bahasa Inggeris melalui bahasa Yunani (Ancient Greek), μύρρα, yang kemungkinannya berasal dari Semitic. Myrrh turut digunakan pada potherb Myrrhis odorata atau turut dikenali sebagai "Cicely" atau "Sweet Cicely".

Kualiti Morhabshi dapat dikenali melalui kegelapan dan jernih resin. Bagaimanapun, kaedah terbaik menilai kualiti resin adalah merasakan kelekitan bahagian yang baru dipatahkan untuk menentukan secara langsung kandungan minyak harum resin myrrh. Bau resin myrrh mentah dan minyak pentingnya yang baru adalah menusuk, seperti pahit dan secara kasar boleh digambarkan sebagai "stereotypically resinous". Apabila dibakar, ia menghasilkan asap yang berat, pahit dan agak phenolic baunya, yang mungkin bercampur sedikit keharuman vanila. Tidak seperti resin lain, myrrh mengembang dan "berkembang" apabila dibakar dan tidak cair atau lembik.

Myrrh merupakan asas minyak wangi dan incense, dan amat dihargai pada zaman kuno klassik, dan sering kali bernilai lebih dari emas yang sama berat. Pada zaman Rom Kuno, myrrh dinilai lima kali ganda berbanding frankincense, sungguhpun yang terkemudian lebih popular. Myrrh dibakar pada pengkuburan Rom Kuno bagi menutup bau yang dihasilkan dari mayat hangus. Ia dikatakan bahawa Nero, Maharaja Rom membakar setahun nilai myrrh pada pengkuburan isterinya, Poppaea.

Kegunaannya dalam kebudayaan Melayu[sunting | sunting sumber]

Dalam kebudayaan Melayu, bahagian yang paling penting ialah getahnya yang digunakan untuk menghalau atau menghindari makhluk halus. Di Malaysia khasiat morhabshi lebih awal diamalkan dalam masyarakat lain seperti Arab, Cina dan India berbanding Melayu. Dalam masyarakat Melayu getah daripada pohon morhabshi ini dikenali sebagai 'kemenyan bunian'.

Nama lain[sunting | sunting sumber]

Latin: Commiphora myrrha, Commiphora molmol

Sanskrit: Daindhava

Cina: Mo yao

Penyelidikan[sunting | sunting sumber]

• Dalam usaha memastikan punca keberkesanannya, penyelidik telah memeriksa bahan individual bagi formula yang digunakan secara tradisional di Kuwait bagi mengurangkan glukos dalam darah bagi pesakit kencing manis. Hasilnya mendapati myrrh dan susu getah aloe berkesan meningkatkan ketahanan glukos dalam tikus normal dan tikus kencing manis. [1]

• Mencampur getah myrrh bersama cuka meningkatkan keupayaannya menyingkirkan sekatan darah beku dan menghilangkan penyakit [2] [3]

Perubatan Tradisional[sunting | sunting sumber]

Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dsb dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah (luar), kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit birit dsb. Campuran ini juga dikatakan dapat menghentikan pendarahan luar.

Bacaan lanjut[sunting | sunting sumber]

  • Massoud A, El Sisi S, Salama O, Massoud A (2001). "Preliminary study of therapeutic efficacy of a new fasciolicidal drug derived from Commiphora molmol (myrrh)". Am J Trop Med Hyg 65: 96–99. 
  • Dalby, Andrew (2000), written at London, Dangerous Tastes: the story of spices, British Museum Press, ISBN 0714127205 (US ISBN 0-520-22789-1), pp. 107–122.
  • Dalby, Andrew (2003), written at London, New York, Food in the ancient world from A to Z, Routledge, ISBN 0415232597, pp. 226–227, with additions
  • Monfieur Pomet (1709). "Abyssine Myrrh)". History of Druggs. Abyssine Myrrh
  • The One Earth Herbal Sourcebook: Everything You Need to Know About Chinese, Western, and Ayurvedic Herbal Treatments by Ph. D., A.H.G., D.Ay, Alan Keith Tillotson, O.M.D., L.Ac., Nai-shing Hu Tillotson, and M.D., Robert Abel Jr.
  • Morhabshi.com

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Al-Awadi FM, Gumaa KA. Studies on the activity of individual plants of an antidiabetic plant mixture. Acta Diabetol Lat. 1987 Jan-Mar;24(1):37-41.
  2. Yeung, HC, Handbook of Chinese Herbs and Formulas, vol. 1, Institute of Chinese Medicine, Los Angeles, 1983.(
  3. http://oneearthherbs.squarespace.com/important-herbs/myrrh-gum-commiphora-myrrha.html Alan Tillotson "Myrrh"