Muhammad Isa Ahmad

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Muhammad Isa Ahmad
Muis in 2021
Maklumat peribadi
Nama penuhMuhammad Isa Ahmad
Nama samaranMuis
Lahir (1998-02-23) 23 Februari 1998 (umur 26)
Singapura
Sukan
SukanRenang
StrokKuak dada
Rekod pingat
Men's swimming

Muis Isa (lahir 1998), atau Muhammad Isa Ahmad, ialah seorang perenang Brunei.[1] Beliau dibesarkan di ibu kota Bandar Seri Begawan, menghabiskan masa awal persekolahannya di Sekolah Antarabangsa Brunei dan menamatkan pengajian tingkatan enam di luar negara, yakni Sekolah Millfield. Muis adalah salah seorang daripada 7 adik-beradik.

Muis bertanding dalam acara 50 m dan 100 m kuak dada pada Kejohanan Renang Dunia FINA 2012 (25 m), dan acara 50 m dan 100 m kuak dada, dengan beliau kini memegang rekod kebangsaan dengan catatan masa 31.29 saat,[2] di Kejohanan Akuatik Dunia 2013. Pada 2019, Muis mewakili Brunei pada Kejohanan Akuatik Dunia 2019 yang diadakan di Gwangju, Korea Selatan, dan beliau bertanding dalam acara 50 meter kuak dada dan 100 meter kuak dada lelaki.[3] Muis membuat penampilan sulungnya di Sukan Olimpik Tokyo 2020, mewakili Brunei, berenang dalam perlumbaan 100 m kuak dada dalam masa 1:08.65.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "Swimming - Member detail". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-08-10. Dicapai pada 2013-08-10.
  2. ^ "Bittersweet day for Muhammad Isa | the Brunei Times". www.bt.com.bn. Diarkibkan daripada yang asal pada 10 August 2013. Dicapai pada 22 May 2022.
  3. ^ "Entry list" (PDF). 2019 World Aquatics Championships. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 26 July 2020. Dicapai pada 26 July 2020.
  4. ^ "Swimming - Heat 1 Results". 24 July 2021. Diarkibkan daripada yang asal pada 24 July 2021. Dicapai pada 24 July 2021.