Munafiq

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Sebahagian dari siri
Islam & Iman

Individu
Kumpulan
Istilah

Munāfiq atau Munafik (kata nama, daripada bahasa Arab: منافق, jamak munāfiqūn) adalah terminologi dalam Islam yang merujuk kepada mereka yang berpura-pura mengikuti ajaran agama namun sebenarnya tidak mengakuinya dalam hatinya.

Terminologi munafik dalam Al Qur'an[sunting | sunting sumber]

Dalam Al Qur'an terminologi ini merujuk pada mereka yang tidak beriman namun berpura-pura beriman.

Apabila orang munafik datang kepadamu, mereka berkata: Kami mengakui bahawa sesungguhnya engkau sebenar-benarnya Rasul Allah. Dan Allah sememangnya mengetahui bahawa engkau ialah Rasul-Nya, serta Allah menyaksikan bahawa sesungguhnya pengakuan mereka adalah dusta.[1] Mereka menjadikan sumpah sebagai perisai, lalu mereka menghalangi (manusia) dari jalan Allah. Sesungguhnya amat buruk apa yang mereka kerjakan.[2] Yang demikian kerana mereka mengaku beriman kemudian mereka menjadi kafir, maka dimeteraikan atas hati mereka; lalu mereka tidak dapat memahami.[3] (Al Munafiquun:1-3)

Pautan Luar: Surah dan Terjemahan

Ciri-ciri orang munafiq[sunting | sunting sumber]

Berdasarkan Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim, Nabi Muhammad s.a.w mengatakan :

"Tanda orang-orang munafik itu ada tiga keadaan.
  • Pertama, apabila berkata-kata, dia berdusta.
  • Kedua, apabila berjanji, dia ingkari.
  • Ketiga, apabila diberikan amanah (kepercayaan), dia khianati".

Berikut adalah ciri-ciri orang munafik menurut Islam.

  • Dusta
  • Khianat
  • Fujur dalam pertikaian
  • Ingkar janji
  • Malas beribadah
  • Riya'
  • Sedikit berzikir
  • Mempercepat solat
  • Mencela orang-orang yang taat dan soleh
  • Mengolok-olok al-Quran, as-Sunnah, dan Rasulullah s.a.w.
  • Bersumpah palsu
  • Enggan berinfak
  • Tidak menghiraukan nasib sesama kaum Muslimin
  • Suka menyebarkan khabar dusta, senang memperbesar peristiwa atau kejadian
  • Mengingkari takdir, selalu membantah dan tidak redha akan takdir Allah s.w.t.
  • Mencaci maki kehormatan orang-orang soleh
  • Sering meninggalkan solat berjamaah
  • Membuat kerusakan di muka bumi dengan dalih mengadakan perbaikan
  • 'Tidak sesuai antara zahir dengan batin secara zahir
  • Takut terhadap kejadian apa saja
  • Beruzur dengan dalih dusta
  • Menyuruh kemungkaran dan mencegah kemakrufan
  • Bakhil dalam masalah kebajikan
  • Lupa kepada Allah s.w.t.
  • Mendustakan janji Allah s.w.t. dan RasulNya
  • Lebih memperhatikan zahir, mengabaikan batin
  • Sombong dalam berbicara
  • Tidak memahami masalah-masalah agama
  • Bersembunyi dari manusia dan menentang Allah dengan perbuatan dosa
  • Senang melihat orang lain susah, susah bila melihat orang lain senang

Rujukan[sunting | sunting sumber]