Muzik elektronik

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Muzik elektronik merupakan muzik yang menggunakan teknologi dan alat muzik elektronik dalam penghasilannya. Penghasilan bunyi elektronik boleh dihasilkan dengan menggunakan theremin, pensintesis dan komputer.[1]

Sebelum 1960-an, muzik elektronik lebih dikaitkan dengan muzik seni Barat. Tetapi selepas itu, dengan adanya teknologi muzik yang berpatutan bermaksud bahawa aliran muzik ini semakin dikenali.[2] Hari ini, muzik elektronik terdiri daripada pelbagai jenis dan julat, sama ada daripada muzik seni eksperimen kepada bentuk popular seperti muzik tarian elektronik.

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. "Muzik elektroakustik menggunakan alatan elektronik untuk mengubah suai bunyi daripada dunia semula jadi. Keseluruhan spektrum bunyi sedunia menyediakan material sumber untuk muzik ini. Ini merupakan domain mikrofon, perakam pita dan pensampel digital … boleh dikaitkan dengan muzik secara langsung atau direkodkan. Semasa persembahan secara langsung, bunyi semula jadi diubah suai dalam masa nyata menggunakan elektronik. Sumber bunyi tersebut boleh jadi apa sahaja daripada bunyi sekeliling kepada pemuzik secara langsung yang memainkan alat muzik konvensional" (Holmes 2002, halaman 8).
  2. "Muzik yang dihasilkan secara elektronik adalah sebahagian daripada budaya popular arus perdana. Konsep muzik yang dahulunya dianggap radikal seperti penggunaan bunyi alam sekitar, muzik sekeliling, muzik pemutar piring, pensampelan digital, muzik komputer, pengubahsuaian elektronik bunyi akustik dan muzik yang dibuat daripada serpihan ucapan kini telah digolongkan dalam pelbagai jenis muzik popular. Genre kedai rekod termasuklah zaman baru, rap, hip-hop, electronika, tekno, jazz dan lagu-lagu popular semuanya bergantung pada nilai-nilai pengeluaran dan teknik yang berasal dengan muzik elektronik klasik" (Holmes 2002, halaman 1). "Pada 1990-an, muzik elektronik telah menembusi setiap sudut kehidupan muzik. Ia meluas daripada gelombang bunyi awang-awangan yang dimainkan oleh pengujikaji esoterik kepada sinkopasi besar yang mengiringi setiap rekod pop" (Lebrecht 1996, halaman 106).

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  • Holmes, Thomas B (2002), Electronic and Experimental Music: Pioneers in Technology and Composition (edisi ke-Second), London: Routledge Music/Songbooks, ISBN 0-415-93643-8, (cloth) (pbk) 
  • Holmes, Thom (2008), Electronic and Experimental Music: Technology, Music, and Culture (edisi ke-third), London and New York: Routledge, ISBN 0-415-95781-8, (cloth); (pbk); ISBN 0-203-92959-4 (ebook) .
  • Lebrecht, Norman (1996), The Companion to 20th-Century Music, Da Capo Press., ISBN 0-306-80734-3, (pbk) 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Wikiquote-logo.svg
Wikiquote mempunyai koleksi petikan mengenai: