Muzium Perak

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Muzium Perak, Taiping)
Lompat ke: pandu arah, cari

Muzium Perak, Taiping merupakan muzium tertua dan pertama di Semenanjung Malaysia yang ditubuhkan sejak tahun 1883. Idea penubuhannya diasaskan oleh Sir Hugh low, Residen Inggeris di Perak ketika itu. Kurator muzium yang pertama adalah Leonard Wray Jr iaitu seorang ahli botani dan geologi.

Muzium Perak terletak di antara persimpangan Jalan Taming Sari dan Jalan Muzium Ulu. Bangunan ini, terletak berhampiran dan berhadapan Penjara Taiping, kira-kira 85 km dari Ipoh, ibu negeri bagi negeri Perak.

Alamat[sunting | sunting sumber]

Jalan Taming Sari,
Taiping, 34000 Perak
Tel  : +605 807 2057
Fax : +605 806 3643

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembinaan bangunan dibangunkan dalam tahun 1883, yang diberi ilham oleh Sir Hugh Low, Residen British di Perak ketika itu. Semasa pembinaan binaan bangunan, terdapat masalah kewangan yang wujud, dan mengakibatkan pembinaan bangunan telah lewat selama 3 tahun kemudian. Dalam tahun 1889, penambahan bahagian dan belakang dilakukan. Kemudiannya, sayap kanan dan kiri bangunan ditambah dalam tahun 1900.

Kurator[sunting | sunting sumber]

Leonard Wray Jr, merupakan penjaga muzium atau kurator pertama untuk bangunan Muzium Perak ini. Leonard, merupakan seorang yang mahir dalam botani dan geologi.

Bahan Pameran[sunting | sunting sumber]

Artifak yang dikutip dan dikumpulkan datangnya dari Lembah Kinta dan Lembah Lenggong. Muzium Perak telah menghimpun dan mempamerkan kebudayaan Melayu dan Orang Asli dan juga mempamerkan contoh zoologikal. Diantara contoh zoologikal yang ada didalam muzium ini ialah rangka badak sumbu. Selain itu, basikal lama, pameran pengggunaan rotan oleh Orang Asli dan rumah minitur Orang Asli juga dipamerkan.

Diluar bangunan muzium, boleh dapat dilihat, satu jet lama, koc keretapi wap, kereta wap, patung Kolnel Walker, batu tanda kubu Maharaja Lela, batu nisan purba dari Sungkai dan sampan purba.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Lihat Juga[sunting | sunting sumber]


Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.