Muzium Negara Malaysia
Koordinat: 3°8′15.77″U 101°41′13.99″T / 3.1377139°U 101.6872194°T
| Muzium Negara National Museum |
|
| Ditubuhkan | 1963 |
|---|---|
| Lokasi | Jalan Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia |
| Jenis | Muzium Negara |
| Capaian angkutan awam | Stesen Keretapi Kuala Lumpur (KTM Komuter) |
| Tapak sesawang | www.muziumnegara.gov.my |
Muzium Negara Malaysia merupakan salah sebuah bangunan yang unik di Malaysia. Muzium Negara merupakan sebuah muzium yang terletak di Jalan Damansara, Kuala Lumpur, Malaysia. Muzium ini terletak berhampiran Taman Tasik Perdana. Muzium Negara mempunyai reka bentuk seakan-akan Rumah Gadang, salah satu reka bentuk Minangkabau, namun, ia juga mempunyai ciri-ciri seperti bangunan Istana Melayu tradisional di negeri Terengganu dan digabungkan citarasa moden. Muzium Negara telah dibuka secara rasmi pada 31 Ogos 1963.
Rekabentuk yang tersergam indah ini dipilih sendiri oleh YTM Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Bapa Kemerdekaan dan Perdana Menteri pertama Malaysia. Di bahagian hadapan bangunan ini terdapat hiasan muralyang diperbuat dari mozek yang besar.
Muzium ini memuatkan banyak barangan bersejarah mengenai Malaysia. Di dalamnya ini terdapat banyak galeri yang mempamerkan cara kehidupan orang-orang di Malaysia, misalnya, orang Melayu bangsawan, kebudayaan Cina dan India, barang-barang seni, tembikar, kegiatan ekonomi, flora dan fauna di Malaysia dan sebagainya.
[sunting] Patung penjajah
Pada 6 Februari 1969,dalam sidang Parlimen, Tuan Haji Abdul Razak bin HajiHussin membangkitkan tentang patung penjajah yang terletak di belakang Muzium Negara.[perlu rujukan] Patung peringatan penjajah ini patut dialihkan ke tempat yang lebih sesuai. Patung Frank Swettenham itu dipindahkan dari bangunan Kerajaan Negeri Selagor. Beliau juga pernah mencadangkan Muzium Negara digabungkan dengan Muzium Angkatan Tentera.
[sunting] Pautan luar
- (Bahasa Melayu) Laman rasmi Muzium Negara.