NITLE

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

National Institute for Technology in Liberal Education (NITLE) adalah sebuah pertubuhan bukan untung yang berpangkalan di Texas, Amerika Syarikat Misinya "memangkin pembelajaran inovatif dalam usaha memperkaya dan memajukan pendidikan liberal dalam era digital." Inisiatif ini menyediakan program dan perkhidmatan yang menggalakkan kerjasama antara-institusi dan penggunaan inovatif teknologi di universiti dan kolej kediaman prasiswazah kecil.

NITLE menjalankan program dan perkhidmatannya kepada institusi yang terlibat daripada ibu pejabatnya di Southwestern University, sebuah kolej sastera liberal swasta di Georgetown, Texas. NITLE juga memiliki pejabat di Ann Arbor, Michigan dan kakitangannya juga tersebar di tujuh negeri. Pertubuhan ini menyediakan program dan perkhidmatan berkaitan pengajaran, pembangunan kurikulum, teknologi sistem pengajaran, sistem pengurusan pembelajaran, repositori digital dan teknologi komunikasi/kerjasama.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]