Neengalum Vellalam Oru Kodi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Neengalum Vellalam Oru Kodi
Nvok.jpg
Format Rancangan Kuiz
Pencipta David Briggs
Gnanavel Raja
Mike Whitehill
Steven Knight
Pengacara Surya (1)
Komposer Keith Strachan
Matthew Strachan
Negara asal  India
Bahasa Tamil, English, Tanglish
Bilangan musim 1
Penerbitan
Tempoh siaran 60 minit
Syarikat penerbitan Big Synergy Productions
Syarikat pengedaran Star tv (Global)
Penyiaran
Saluran asal STAR Vijay
Format gambar 480i (SDTV)
Siaran asal 27 Februari 2012 (2012-02-27) – Present
Status Returning series
Pautan luar
Tapak sesawang rasmi

Neengalum Vellalam Oru Kodi(English: You too can win One Crore; Bahasa Melayu:Anda juga boleh memenangi Sepuluh juta) merupakan rancangan kuiz terbaru dan popular di India yang berdasarkan Who Wants to Be a Millionaire?. Rancangan Kuiz ini menawarkan hadiah maksimum sebanyak Rs. 1 crore. Surya merupakan pengacara bagi permainan realiti ini.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Pada Disember 2011, sumber mengesahkan bahawa pelakon filem Surya akan menjadi pengacara game show ini. Tajuk versi Tamil kemudiannya disahkan sebagai Neengalum Vellalam Oru Kodi. Suriya pada mulanya gusar untuk memulakan debutnya dalam rancangan televisyen, tetapi selepas melihat format permainan, beliau yakin ia akan bekerja.Suriya telah dipersetujui untuk dibayar US $ 99,800 untuk setiap episod. 40 episod telah dirancang untuk Neengalum Vellalam Oru Kodi, dan pelakon telah dibayar imbuhan sebanyak US $ 3,99 juta

Peraturan[sunting | sunting sumber]

Pertama sekali, para peserta perlu menjalani pusingan kelayakan bergelar Jari Terpantas (Fastest Finger First), yang mana mereka semua diberi satu soalan dan empat jawapan oleh pengacara, lalu diminta untuk menyusunkan keempat-empat jawapan tersebut dalam susunan tertentu. (dalam siri paling awal versi British, dan sehingga berakhirnya musim 2003 versi Australia, pusingan Jari Terpantas memerlukan peserta untuk menjawab satu soalan pelbagai pilihan dengan tepatnya dan secepat mungkin.) Peserta yang dapat menjawabnya dengan betul dan dalam tempoh masa yang terpantas, layak ke pusingan seterusnya dan duduk di atas "kerusi panas" (hotseat) dan bermain untuk meraih hadiah wang tunai tertinggi (lazimnya sejuta unit matawang tempatan, bergantung kepada nilai matawang tersebut).

Setelah duduk di atas kerusi panas tersebut, peserta itu diajukan soalan-soalan pengetahuan am oleh pengacara; makin lama dalam permainan, makin susah. Semua soalan adalah berbentuk pelbagai pilihan: empat jawapan berkemungkinan diberi dan peserta perlu memilih jawapan yang betul. Setelah menjawab soalan pertama dengan tepat, peserta meraih 100 unit matawang.

Soalan-soalan berikutnya diajukan untuk menawarkan jumlah wang yang makin besar (lebih kurang berganda di setiap pusingan). Ketika soalan-soalan paling awal, pilihan "D" kerap dijadikan jawapan.

Peserta Terkenal[sunting | sunting sumber]

Berikut ialah Selebriti yang muncul dalam Neengalum Vellalam Oru Kodi

Peserta Selebriti Tahun Jumlah yang dimenangi
Shruti Hassan[1] 2012 Rupee India 6,40,000
Ma Ka Pa Anand and Bhavana[2] 2012 Rupee India 1,60,000
Sivakarthikeyan and Kalyani[3] 2012 Rupee India 10,000
Senthil and Rajasekar[4] 2012 Rupee India 6,40,000
Divyadarshini and Deepak[5] 2012 Rupee India 1,60,000
Gopinath[6] 2012 Rupee India 12,50,000
Jagan and Ramya[7] 2012 Rupee India 3,20,000
Ravichandran Ashwin[8] 2012 Rupee India 12,50,000
Karthi[9] 2012 Rupee India 12,50,000


Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Shruti Hassan to Appear on Suriya’s ‘Oru Kodi’ TV Game Show". Kollyinsider.com. 2012-04-04. Diperoleh pada 2012-05-05. 
  2. Makapa and Bhavana in Neengalum vellalam oru Kodi (with Suriya). YouTube (2012-04-09). Retrieved on 2012-05-05.
  3. Neengalum Vellalam Oru Kodi 04/10/12. YouTube. Retrieved on 2012-05-05.
  4. Neengalum Vellalam Oru Kodi 04/11/12. YouTube. Retrieved on 2012-05-05.
  5. Neengalum Vellalam Oru Kodi-NVOK Deepak DD(Divyadarshini) Special | Gossip. Metromasti.com. Retrieved on 2012-05-05.
  6. VijayTV Neengalum Vellalam Oru Kodi (NVOK) Gopinath won 12,50,000 | Gossip. Metromasti.com. Retrieved on 2012-05-05.
  7. Neengalum Vellalam Oru Kodi (NVOK) Anchor Ramya Jagan Special | Gossip. Metromasti.com. Retrieved on 2012-05-05.
  8. Ravichandran Ashwin on Neengalum Vellalam Oru Kodi!!. Saveondish.com. Retrieved on 2012-05-05.
  9. Neengalum Vellalam Oru Kodi 03-05-2012 Special Guest Karthi. Tubetamil.com (2012-04-16). Retrieved on 2012-05-05.