Cacing reben

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Nemertea)
Lompat ke: pandu arah, cari
Cacing reben
Parborlasia corrugatus dari Laut Ross
Parborlasia corrugatus dari Laut Ross
Pengelasan saintifik
Alam: Animalia
Superfilum: Lophotrochozoa
Filum: Nemertea
Sinonim

Nemertini, Nemertinea, Rhyncocoela

Nemertea ialah filum haiwan invertebrat, juga dikenali sebagai cacing reben atau cacing probosis.[1] Nama lin untuk filum termasuklah Nemertini, Nemertinea dan Rhynchocoela.[2] Walaupun kebanyakannya kurang daripada 20 sentimeter (7.9 in) panjang, satu spesimen telah dianggarkan 54 meter (177 ka), yang menjadikannya haiwan terpanjang pernah dijumpai[3] Kebanyakannya sangat langsing, biasanya hanya beberapa milimeter lebar, walaupun terdapat yang pendek, tapi berbadan lebar. Kebanyakannya terdapat corak berwarna kuning, jingga, merah dan hijau.

Terdapat 1,149 spesies Cacing reben wujud di seluruh dunia.Walaupun Cacing reben mempunyai tubuh yang kelihatan dari luarannya seperti bergelang, sebenarnya tubuh Cacing reben tidak mempunyai segmen.

Cacing reben merupakan haiwan pemangsa. Cacing reben biasanya terdapat di kawasan karang dan serpihan berbatu. Ketika memburu, Cacing reben akan mengeluarkan satu tiub panjang dari mulutnya dan menyuntikkan racun kepada tubuh mangsanya.

[sunting] Rujukan

  1. Nemertea (TSN 57411). Sistem Maklumat Taksonomi Bersepadu. Diperolehi pada February 18, 2011.
  2. Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Scott tidak disediakan
  3. Ruppert, E.E., Fox, R.S., and Barnes, R.D. (2004). bab: “Nemertea”, Invertebrate Zoology, edisi 7, 271–274, Brooks / Cole. ISBN 0030259827.

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain