Nintendo DS

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Nintendo DS

Nintendo DS merupakan satu konsol permainan video bimbit yang dihasilkan oleh syarikat pembina konsol permainan video Nintendo. Ia telah dipasarkan pada tahun 2004. Konsol ini mempunyai dua skrin LCD, salah satunya ialah skrin sesentuh. Selain mempunyai skrin sesentuh yang unik, konsol bimbit ini juga mempunyai mikrofon binaan dalaman dan juga menyokong fungsi WiFi, iaitu sejenis sistem perhubungan tanpa wayar bagi membolehkan para pemainnya berhubung sesama sendiri dari seluruh dunia dengan menggunakan ID dan kod tersendiri bagi setiap pemain.

Pada tahun 2006, Nintendo telah mengeluarkan Nintendo DS Lite, iaitu Nintendo DS yang telah diubahsuai daripada versi asalnya dengan rekabentuk dan susun atur butang kawalan baru serta keterangan lampu skrin yang boleh diubahsuai kepada 4 peringkat.

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

  • Berat: 275 gram
    Saiz fizikal:148.7 x 84.7 x 28.9 mm
  • CPU: Dua ARM processor, iaitu ARM946E-S sebagai processor utama dan ARM7TDMI sebagai processor sampingan
  • Skrin: Dua TFT LCD skrin dengan resolusi 256 x 192 piksel.Skrin pada bahagian bawah adalah skrin sesentuh

Keserasian[sunting | sunting sumber]

Nintendo DS berkebolehan untuk memainkan katrij Game Boy Advance(GBA) di mana katrij GBA ini dimasukkan ke dalam slot 2 pada Nintendo DS, manakala katrij Nintendo DS ini sendiri dimasukkan pada slot 1. Walau bagaimanapun Nintendo DS tidak boleh memainkan sebarang katrij daripada konsol Game Boy Color atau pun Game Boy biasa.

Selain itu Nintendo DS mampu untuk mengesan sesetengah katrij GBA yang berada pada slot 2 untuk membuka atau mendapatkan kandungan istimewa untuk permainan katrij Nintendo DS itu sendiri.

Senarai Game[sunting | sunting sumber]

Lihat senarai game bagi Nintendo DS