Nur Asiah Jamil

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Nur Asiah Jamil
Kelahiran1944 (sebenar 10/12/1947)
Kotari, Medan
Meninggal dunia13 Disember 2014 (sebenar 20/12/2014)
Medan
Sebab kematiansakit perut
WarganegaraIndonesia
PekerjaanPenyanyi, Pendakwah, Qari
Terkenal keranalagu genre nasyid tradisional ("Panggilan Haji" & "Selimut Putih")
Kampung asalKotari, Medan
Anak-anak4 orang

Hajah Nur Asiah Jamil yang berasal dari Kotari, sebuah bandar kecil di utara kota raya Medan, ibu wilayah Sumatera Utara, Indonesia merupakan seorang penyanyi lagu nasyid yang popular di Indonesia, malah Malaysia, Singapura, Brunei dan selatan Thailand[1] dengan rekod kejayaan merakamkan kira-kira 500 lagu genre nasyid tradisional, seperti Selimut Putih[2] sepanjang hayatnya sebahagiannya bersama Orkes El Suraya. Beliau dilahirkan pada 1944 dan antara lagunya paling popular ialah Panggilan Haji[3] kerana cukup sinonim ketika musim ibadah haji setiap tahun dan lagu ‘seram’ sepanjang zaman, Selimut Putih yang pastinya memberi keinsafan amat mendalam kepada sesiapa mendengar bait-bait liriknya.

Walaupun era kegemilangan Nur Asiah mulai tenggelam dengan kemunculan genre nasyid kontemporari yang mula melanda negara ketika zaman kumpulan Raihan awal 1990-an, lagu-lagu penyanyi bersuara emas itu tetap tidak luput ditelan usia. Beliau pernah mewakili Indonesia sebagai qariah pada majlis ujian tilawah Al-Quran peringkat antarabangsa di Kuala Lumpur dan Saudi Arabia tahun 1970, dan menjadi pendakwah ikon di republik Indonesia. [4]

Nur Asiah sudah pun meninggal dunia di rumahnya di Medan pada 13 Disember 2014. dalam usia 70 tahun akibat sakit perut yang dialaminya beberapa hari sebelum itu. Allahyarhamah meninggalkan empat orang anak - seorang perempuan dan tiga lelaki serta 10 orang cucu.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Nur Asiah Jamil Meninggal Dunia. Senin, 23 Maret 2015
  2. ^ Orkes El Suraya - Selimut Putih
  3. ^ Nur Asiah Jamil - Panggilan Haji
  4. ^ "Qoriah Internasional Sumut Nurasiah Djamil Meninggal Dunia". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-11-24. Dicapai pada 2018-11-24.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]